Ahad, 18 November 2012

Burung-Burung Yang Cantik...

Kita lihat pula kecantikan burung-burung yang pelbagai warna dan rupa... Haiwan yang boleh terbang ini mempunya kecantikan bulu yang cukup menawan.
Burung merupakan haiwan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan haiwan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di serata dunia, dari kawasan gurun sehinggalah di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland.
 
 
 
 
 
 
  
 Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telahpun dikenalpasti yang dibahagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.


  
 Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya.

    
  
 
Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah.

  
Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya.

 Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
Mempunyai sisik pada kakinya.
Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
Bernafas melalui peparu.
Berdarah panas.
    
 Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sungguhpun ia mungkin kecil dan tidak berguna.

 
 Burung adalah oviparous iaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut.

 Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
 
Burung merupakan pelengkap bagi hidupan di alam ini kerana ianya satu-satunya spesis yang menguasai ruang udara. Begitulah kuasa dan kebesaran ilahi yang mencipta sesuatu yang unik dan melengkapkan keseluruhan alam.... 
OPEN : Lihatlah ciptaaan ALLAH Yang MAha Hebat ini. Subhanaallah
Thx : info dari wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...