Pelbagai info mengenai kesihatan yang boleh kita dapat dari pelbagai
sumber dari internet. Tidak hairan jika anda dapati ianya di ulang, di
"copy" dan di "post" oleh ramai orang. Ianya bagi saya tidak salah
selagi ianya memberi manfaat dan kebaikan malah memberi amal jariah
berterusan kepada yang membuatnya.
Antara info yang banyak adalah mengenai makanan. Jenis-jenis makanan
yang mengandungi khasiat yang baik untuk kesihatan. Antaranya adalah...
Buah Tamar atau Kurma
Rempah dan halba
Buah tembikai
Terdapat juga pilihan makanan untuk kesihatan otak mengikut cara Islam..
Info tidak semestinya memberi maklumat mengenai khasiat dan makanan yang
baik. Terdapat juga info untuk anda mengetahui keburukan dalam
pengambilan makanan yang sedap tapi tidak berkhasiat
Air merupakan keperluan yang wajib untuk tubuh badan selain makanan.
Meminum air yang banyak amat baik untuk tubuh badan sekurang-kurangnya 2
liter sehari. Sebaik-baiknya air kosong dan di minum pada waktu yang
perlu dan betul...
Rujukan kita sebagai umat Islam pula pastinya merujuk kepada cara pemakanan Nabi Muhammad s.a.w
Selain info pemakanan terdapat juga info-info lain untuk menjaga
kesihatan. Terdapat juga kaedah-kaedah serta larangan dalam aktiviti
harian yang berkait rapat dalam menjaga kesihatan tubuh badan yang
sihat.
Terdapat juga maklumat mengenai tubuh badan yang memberi anda serba
sedikit pengetahuan yang mungkin suatu masa nanti ianya amat berguna
untuk anda atau pun orang lain.
Semua yang telah saya beri diatas adalah info penjagaan kesihatan untuk
tubuh badan. Tubuh badan yang sihat tidak juga dapat menjamin kesihatan
hati, jiwa dan minda anda... Hanya ada satu sahaja makanan untuk hati,
jiwa dan minda...iaitu ayat-ayat Al-Quran.
Bacalah Al-Quran kerana ianya adalah makanan dan penawar sanubari anda....
Terima kasih kepada yang telah membuat semua info-info tersebut...semoga
anda sentiasa sihat dan mendapat ganjaran dari Allah...
rilkessmindablogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan