Selasa, 3 April 2012

Nilai Seketul Hati

Daripada Abu Hurairah, katannya , Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu ,tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu yang ikhlas"

                                                                                                  [Riwayat  Muslim]


Menara Berkembar Parsi di Tehran, Iran

Tehran, ibu negara dan bandaraya terbesar di Iran, dibelenggu oleh pencemaran udara yang melampau, 80% daripadanya disebabkan oleh trafik lalulintas. Dengan penduduk sekitar 8.5 juta orang, dianggarkan bahawa 27 orang mati setiap hari daripada penyakit berkaitan pencemaran, menunjukkan bahaya yang ketara dan membawa maut hasil daripada pencemaran lalu-lintas. Dengan merekabentuk sebuah menara dengan dua kaki yang dihubungkan, penggunaan tanah untuk pembangunan dapat diminimumkan. Pembinaan ini hanya menggunakan sekitar 1,200 meter persegi tanah berbanding 30,000 meter persegi bagi pembangunan tipikal sebuah menara biasa. Menara ini dilengkapi dengan 1,200 unit perumahan.


 
 

Muzium Telur pun ada? Terletak di Austria

VIENNA, Austria – Sebuah Muzium Telur di Winden am See di wilayah Burgenland menjadi tumpuan para pengunjung di sini.

Cara Buat Lilin Dari Kulit Oren

Bagus betul la orang yang dapat idea buat lilin daripada kulit oren ni..Memang betul-betul kreatif waa cakap luu

Dah la tu, buat pulak daripada bahan-bahan semulajadi, memang aku sokong 100% ciptaan macam ni..Mesra alam..Bagi korang yang ada sifat-sifat romantik tu, aku rasa kalau korang belajar cara-cara nak buat lilin oren untuk digunakan pada waktu candle lite dinner korang, memang konpom-konpom pasangan korang jatuh cintan untuk ke-sekian kali nya..Hohohoho..


Aizhai, Jembatan Gantung Penghubung Dua Gunung & Terpanjang Di China

  


Jika Anda takut dengan ketinggian, hendaknya jangan lewat ke jembatan ini. Jembatan Aizhai di China kokoh berdiri di atas ketinggian 335 meter.

Aizhai Extra Large Suspension Bridge memiliki panjang sekitar 1.200 meter atau 1,2 kilometer. Jembatan ini dibangun guna memudahkan arus lalu lintas di daerah Jishou di Povinsi Hunan.


Cebisan Menarik Mengenai Sultan Abdul Halim


Sultan Kedah
KUALA LUMPUR - Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Yang di-Pertuan Agong ke-14 Malaysia, berasal daripada kesultanan Melayu tertua di dunia yang berusia hampir 1,000 tahun.

Dilahirkan pada 28 Nov 1927, Seri Paduka Baginda adalah anakanda ketiga kepada Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang Mulia Tunku Sofia Tunku Mahmud.




Fakta Hari Ini - Kandungan Ubat Nyamuk yang Sebenar


Pernah terfikir setiap kali kita menyalakan ubat nyamuk apa yang terkandung di dalamnya? Betul ke ia mampu menghalau nyamuk?

Untuk pengetahuan anda, ubat nyamuk dibuat menggunakan serbuk pyrethrum. Serbuk ini diekstrak dari tumbuhan yang mungkin ramai tahu, iaitu sejenis bunga dari keluarga Chrysanthemum (seperti gambar dibawah). Sebab banyak air kotak dijual mempunyai perisa chrysanthemum. Phyrethrum telah digunakan sejak tamadun Parsi serta di negara-negara Eropah sebagai racun serangga.


6 Rahsia Kebahagiaan Dalam Hubungan Rumahtangga

Salam semua,



6 Rahsia Kebahagiaan Dalam Hubungan Rumahtangga

Bukan mudah untuk mengekalkan sesuatu kebahagian di dalam rumah tangga. Ini kerana ia melibatkan tentang dua perasaan, yang memerlukan pengorbanan yang banyak untuk membahagiakan diri sendiri dan juga orang yang berada disisi. Jadi, apakah rahsia untuk hubungan yang telah terjalin berpuluh-puluh tahun lamanya untuk kekal bahagia?

Jemaah Haji Gempar Melihat Al-Quran Terbang

Al-Quran terbang di Makkah? Subhanaallah! Kedengaran seperti cerita rekaan tetapi peristiwa ini betul-betul terjadi dan disaksikan ratusan ribu jemaah Haji. Jom ikuti kisah luar biasa ini dengan lebih lanjut di bawah.


 
 

Ya ALLAH! Adakah Anak Aku Soleh?

fetus

Manusia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu bapa bagi yang bertuah manakala yang kurang bernasib baik, ibu yang melahirkan akan dijemput Allah SWT. Maka beruntunglah ibu itu menjadi syahid saat melahirkan anak. Kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan tanpa memikirkan kesenangan diri sendiri, ibu dan ayah memenuhi hidup kita dengan kehendak yang kadang kala di luar kemampuan mereka.
 

Isnin, 2 April 2012

USTAZ AZHAR - TAKBIR MAT REMPIT

Ustaz Azhar Idrus - Sifat² Isteri Yang Baik (Part 1)

5 Rahsia Kecantikan Gadis Jepun Kini Diketahui Umum..!!!

Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti kamu tertanya-tanya apakah rahsia mereka bukan? antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Ingin tahu lebih lanjut? ayuh semak panduan berikut!
 

Fakta Hari Ini - Kurangkan MEROKOK dengan BISMILLAH...

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
dengan nama ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi MAHA PENYAYANG

nak share sebuah cerita ringkas :

Di satu pasaraya... seorg lelaki mengamuk lalu memarahi pekerja pasaraya berkenaan cop HALAL... tak cukup dengan pekerja, cashier turut menjadi mangsa amarahnya...

Lelaki : kenapa kamu jual cili giling tak ada cop HALAL??? awak tahu ini akan membuatkan umat islam di sini keliru...
Cashier : (diam mengangguk)
Lelaki : ingat pesan saya, bagitau dengan manager, jangan kelirukan pengguna islam dengan menjual barang yang tiada cop HALAL... 
Cashier : baik encik...
Lelaki : Minta rokok Dunhill 20, satu...
Cashier : Maaf encik... rokok tak ada cop HALAL (- -")
 

Kisah Benar Yang Sangat Memilukan:Harga Lipstik lebih Mahal Daripada Nyawa Anak Sendiri....

salam,

Sedih sungguh dan menitik air mata kak Ros bila baca kisah ni....Inilah akibatnya kalau syaitan dah menguasai diri kan....dah tak boleh nak ingat apa lagi dah yang mana baik dan yang mana buruknya...sampai anak sendiri pun dah tak kenai lagi dah....Ibu yang sepatutnya menjadi pelindung telah meragut nyawa anak kandungnya sendiri.


Ustaz Azhar Idrus - Wanita Itu Amanah Allah

Kisah Sebenar Disebalik Runtuhan Struktur Ayah Pin

Assalamualaikum semua, sebenarnya mungkin ramai dah tahu tentang kisah ni, kisah dah agak lama, tapi ada baiknya kalau kita baca kembali untuk buat renungan bersama..

Pengalaman Haji Lokman dalam membersihkan Jin di kawasan Kerajaan Langit Ayah Pin


12 Pahala Yang Hanya Eksklusif Untuk Kaum Wanita Sahaja

Ada dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan  oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

 
 

8 Sarapan Terbaik Dan Terburuk Buat Anda


Sarapan sudah pasti perlu buat Anda. Tapi benarkah sarapan yang anda ambil benar-benar sihat dan baik bagi tubuh anda? Berikut ini adalah 8 sarapan pagi yang paling sering dinikmati oleh orang di seluruh dunia. Menu sarapan yang baik atau yang buruk adalah pilihan anda.


KOPI
Buat Anda penggemar kopi, minum kopi di pagi hari ternyata memberikan manfaat yang luar biasa buat kesihatan Anda. Sebuah penelitian baru menunjukkan bahawa kopi dapat menurunkan risiko terkena diabetes, sakit jantung, perut kembung, Parkinson, batu ginjal, dan cirrhosis. Dari semua jenis kopi, Black coffee adalah yang terbaik, terutama buat wanita.

Ahad, 1 April 2012

Menara Jam Makkah Terima Sentuhan 18 Anak Muda Malaysia

 Menara Jam Makkah Terima Sentuhan 18 Anak Muda Malaysia
Malaysia tidak tandus anak muda berbakat yang dihargai dunia luar dan antara buktinya dapat dilihat pada Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau Abraj Al-Bait yang mendapat sentuhan 18 anak muda negara ini.
Seorang daripada mereka ialah Hairul Nizam Baharuddin yang merupakan pengurus projek di Syarikat Premier Composite Technology yang berpangkalan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.

Ukiran Buah Tembikai Unik Dan Menarik

ANDA penggemar buah tembikai? Atau mungkin anda minat dan berbakat dalam seni ukiran makanan dan buah-buahan. Gambar-gambar di bawah mungkin dapat memberi idea kepada anda untuk menghasilkn seni ukiran tangan buah tembikai. Jom kita lihat


 

5 Manusia Terkecil di Dunia

Bukan  kehendak dan kemahuan mereka, tapi Tuhan yang menghendaki.


1. Khagendra Thapa Magar - 2kaki 2inci
 
 

Pesanan Tiara Jacquelina. Kisah benar..

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu.



Lukisan Haiwan Pada Kayu

Seorang kakitangan kerajaan tidak menyangka kayu yang ditemui semasa membersihkan sebatang pokok tumbang dalam kebun di Lenga pada 25 Januari lalu itu mengandungi banyak rahsia.

Lukisan haiwan pada kayu 
 

Perkampungan Melayu Warna-Warni di Afrika Selatan

Pada abad ke-17, ketika Syarikat Hindia Timu menguasai hampir seluruh wilayah Nusantara, pengasingan orang-orang yang menjadi tahanan politik dan hamba dilakukan hingga nun jauh ke benua hitam, Afrika.

 
 

Rahsia Disebalik Tandatangan Anda


Makna tersirat di sebalik tanda tangan:

1. Satu garisan di bawah tanda tangan
 

Panduan kurangkan pemakanan gula

Panduan Menjaga Kesihatan

Seringkali kita menggambarkan gula sebagai gula pasir atau gula merah yang dijual di kedai-kedai.


Hakikatnya, gula juga terdapat dalam gula mentah, madu, sirap jagung dan sirap pekat. Dari segi kimia, gula boleh hadir dalam bentuk glukosa, sukrosa, dektrosa, laktosa, fruktosa dan maltosa. Gula pasir terdiri daripada 100 peratus sukrosa.

Menyambut April Fool Haram Hukumnya

Menyambut April Fool Haram Hukumnya 
 
Dr. Yusuf al-Qardawi menyebut :

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : 

Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]


Biodata Idola Seluruh Manusia

Biodata Idola Seluruh Manusia 

Tidak dapat dinafikan, Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia.

Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini.

Mat Super Motorbike yang soleh




Amalan terpuji yang wajib dicontohi oleh mat  rempit yang lain
izyan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Sabtu, 31 Mac 2012

10 negara mempunyai jumlah tentera paling ramai di dunia

Tentera adalah salah satu pertahanan terpenting dalam sesebuah negara, kerana tentera adalah penjaga kedaulatan serta penjaga wilayah dalam negara. Tentera juga memainkan peranan penting terhadap keselamatan negara, maka tak hairanlah jika negara-negara di dunia berlumba-lumba untuk mendidik banyak tentera, kerana makin banyak tentera, maka makin dalam pula kedaulatan dan ketenteraman negara tersebut.

Berikut ini saya senaraikan negara-negara dengan jumlah tentera terbanyak di dunia:

1. China
 
 

Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam.


Pekeliling Gaji Baru SSM 2012 Pekeliling Perkhidmatan SSM. Kenaikan Gaji Baru Kakitangan Awam. Respon Anda?
Bermula sekitar 8 malam tadi, beberapa kandungan di laman web JPA berkenaan dengan SSM telah mula kelihatan dan sekitar seawal pukul 11 malam pula, pekeliling perkhidmatan bagi gaji baru SSM 2012 telah mula dimuat naik dan kelihatan di laman JPA. Ya…seperti yang dijanjikan. Penantikan dan kesabaran kakitangan awam sebelum ini dilihat berbaloi….

10 Tempat yang Wajib dilawati Sebagai Seorang Muslim Sebelum Mati

BIASANYA, jika ada duit lebih dan tidak tahu mahu buat apa, maka duit itu selalunya digunakan untuk melancong dan berjalan-jalan. Ada duit lebih lagi, maka ke Mekkah untuk menunaikan ibadat Haji mahupun Umrah. Selain daripada itu, adakah wujud tempat-tempat pelancongan yang lain untuk dilawati untuk mengisi masa dan menghabiskan duit dan berbaloi untuk dikunjungi? Di sini, aku ingin kongsikan kepada semua 10 tempat pelancongan yang wajib dilawati (jangan bimbang, kalau tak dapat pergi, tak berdosa) bagi seorang Muslim sebelum mati. Tempat-tempat ini bukan semata-mata kerana pelancongan sahaja, malah boleh menjadi ikhtibar bagi kita kerana 10 tempat ini ada kaitannya dengan Islam. Mari melancong bersama...

10. Dubai, UAE
 


AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24
Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah

alkurawi 
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah
 

Personaliti dan Maksud Bunga



    
Sebelum anda menghadiahkan bunga sebagai pemberian, mari kita sama-sama mengetahui maksud di sebalik bunga-bungaan yang menjadi pilihan pada sesetengah majlis perkahwinan mahupun sebagai hadiah pemberian kepada yang tersayang. Pemilihan bunga yang 'closest to the message' yang cuba disampaikan adalah cara terbaik menunjukkan personaliti sesuatu pemberian. Dan biarlah yang tersayang tahu bahawa anda inginkan pemberian tersebut menjadi satu pemberian yang amat bermakna

Nik Aziz Pemimpin Islam Ke-42 Paling Berpengaruh Di Dunia

Berikut adalah senarai nama-nama Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia, turut tersenarai Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat yang tersenarai di tempat ke-42 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Di Dunia :

The top 50

Jumaat, 30 Mac 2012

Malaysia tersenarai antara 5 jambatan paling ngeri di dunia


1. Crazy Curves: Langkawi Sky Bridge, Kedah, Malaysia
 

 


Fakta Hari Ini - RISIKO Penggunaan Telefon Bimbit Semasa MENGANDUNG!


Saintis mendakwa wanita yang menggunakan telefon bimbit semasa mengandung berkemungkinan melahirkan anak yang hiperaktif, lapor The Sun.

Mereka percaya bahawa radiasi daripada telefon bimbit menjejaskan perkembangan otak bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membawa kepada masalah daya ingatan, keresahan, dan masalah tingkah laku.


Penganggur Di Arab Saudi Di Bayar Gaji RM1600 Sebulan



Pemerintah Arab Saudi mula beri faedah baru bagi lebih daripada satu juta warganya yang menganggur di negeri yang kaya minyak itu. Besarnya faedah bulan ini meningkat 40 peratus daripada bulan sebelumnya, dan jauh lebih besar dari saat pertama kali diberikan akhir tahun lalu.

Melalui program "Hafiz," Kerajaan Saudi memberi subsidi 2000 riyal atau sekitar Rm1600per bulan selama lebih dari satu tahun kepada para penganggur. Pemberian faedah baru ini diumumkan Raja Abdullah pada Rabu, 28 Mac 2012.



Hobinya Mengumpul Buku-Buku Kecil...

Seorang lelaki, József Tari dari Hungary mempunyai hobi yang dianggap unik- iaitu mengumpul buku-buku bersaiz mikro. Beliau memuat turun buku-buku dari Internet lalu mencetak dan membuat salinan kecil buku-buku ini. Kini koleksi buku-buku kecil ini disimpan dalam sebuah perpustakaan khas di rumahnya. 

 
 

Raja Ashman Anakanda Sultan Perak Mangkat Akibat Asma

 
  Anakanda Sultan Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, 54, mangkat di kediamannya di Kuala Lumpur awal hari ini akibat serangan asma.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor ketika dihubungi Bernama berkata Raja Ashman menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Damansara pada 1.30 awal pagi tadi.

Sunnah-sunnah Hari Jumaat


uai

Hutang


Dosa berhutang tidak diampunkan Allah

ISLAM membenar, malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang membabitkan masalah kewangan.

Pada masa sama, Islam memberi galakan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka, lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi.



20 Penyakit Hati Terhadap Allah


 
 
Assalamualaikum... 

Berikut merupakan 20 penyakit hati terhadap Allah
 

Khamis, 29 Mac 2012

Rahsia Kejayaan Pengasas Kedai Sukan aL-ikhsaN

Jika anda ke mana-mana bandar besar atau pusat beli-belah di seluruh Malaysia sekarang anda  pasti akan ternampak papan tanda besar aL-ikhsaN. Syarikat aL-ikhsaN adalah syarikat yang menyediakan kelengkapan sukan bertaraf antarabangsa yang mana produk yang ditawarkan adalah eksklusif dan berkait rapat dengan arena sukan dunia seperti Liga Bola Sepak England, Piala Eropah (Euro), Formula Satu (F1), Sukan Olimpik Beijing serta Piala Dunia 2010.

Tetapi, bagaimana ia bermula dan apakah resepi kejayaan pengasasnya?

 
 


Imam Hoslan Islamkan 2 Banduan Dalam Penjara

NONE

Walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Imam Hoslan Hussein meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara. 

Harakahdaily memetik isteri Hoslan - Noorliza Mohd Isa - sebagai berkata, suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang itu juga turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.



Ilusi Optik Yang Membuatkan Mata Anda Berpinar !

Cuba tenung lama-lama setiap satu imej di bawah ini...apa yang anda rasa?
 





Pusaran Air Naruto di Jepun Menjadi Tumpuan Ramai

 
Di Selat Naruto, Hyogo, Jepun, terdapat pusaran air yang berlaku sepanjang pantai Shikoku kerana isi padu besar air bergerak antara Laut Seto dan Lautan Pasifik di antara air pasang serta surut digabungkan dengan geografi unik di dasar laut.

Pusaran air Naruto ini berlaku kira-kira setiap enam jam dan biasanya boleh dilihat sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu petang untuk tempoh satu atau dua jam. Saiz pusaran air akan jadi berbeza dan ini bergantung kepada keamatan air pasang surut.



Ekspedesi Tangkap Ular Sawa Di Sarang

Korang pernah tengok orang tangkap ular sawa kat sarang dia? Skype pernah dulu tengok tapi lupa tengok kat mana dan Skype yakin korang juga ada yang pernah tengok tapi lupa kat mana. Ok, hari ni Skype akan tunjukkan gambar orang tangkap ular sawa nie, bukan ular sawa kecik tau tapi besow beb.
Tak silap Skype, dorang nie orang-orang Afrika. Tangkap pakai tangan yang beralaskan kulit binatang jer beb. Perghhh..berani gilerkan dorang. Habis nak buat canekan, dah tu sumber rezeki dorang. Kalau kita canela agak-agak…ADE BRANI nak buat camtu? Huhuhu…

TUS1 

Resepi Muffin Coklat

Rsepi  muffin :-
.
Bahan yang anda perlukan:

250g cooking chocolate (saya suka lebih coklat)
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Qailulah .

 Qailulah
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

“Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya.” 


Fakta Hari Ini - Bahaya Tersedak Susu

Kes bayi tersedak susu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Malah lebih menyedihkan apabila ia melibatkan kematian.Terbaru, kes Siti Nur Balkis Ahmad Zahir berusia tujuh bulan, yang dipercayai tersedak susu di rumahnya di Simpang Empat, Kangar, Perlis, di bawah jagaan ibunya sendiri.

Biarpun ia sebagai kes yang terpencil, namun tidak boleh dipandang ringan kerana risiko kelalaian tidak mengira sama ada dilakukan oleh pihak pengasuh mahupun ibu bapa bakal meragut nyawa.
Bagi yang tidak mengetahui puncanya, agak pelik bila mendengar bayi tersedak susu boleh menyebabkan kematian sedangkan susu hanyalah sejenis cecair.

 

Resepi - Telur Masin

PERNAH menjamah telur masin yang tidak menepati selera? Kurang masin atau terlalu masin? Harganya pula semakin hari semakin mahal, pasti membuatkan kita membebel tidak puas hati.
Ada juga anak perantau yang tinggal atau belajar di luar negara teringin menikmati lauk telur masin. Jika sukar, apa salahnya hasilkan sendiri telur masin.


Ramai yang tidak tahu sebenarnya tidak sukar membuat telur masin. Memang agak lama menunggu tetapi proses membuatnya tidak sukar. Pasti puas hati menikmati telur masin buatan sendiri.

Jika bimbang, hasilkan beberapa biji dulu seperti panduan berikut:


7 Amalan Sunnah Wajib Rasulullah SAW Seharian...

Assalamualaikum semua!~

Adakah anda tahu apakah amalan2 yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari? Kepada yang tahu, baguslah... Kepada yang tidak tahu, meh saya kongsi...

1. Solat Sunat Tahajjud

Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...


Suruhanjaya Khas Semak Semua Gred – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu Suruhanjaya Khas yang ditubuhkan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia supaya turut menyemak semula gred perkhidmatan awam di semua peringkat.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata semakan itu perlu bagi memastikan penjawat awam yang berjumlah 1.4 juta di negara ini akan mendapat manfaat sewajarnya daripada perkhidmatan yang mereka sumbangkan.


10 Peringatan Bumi

Berkata Anas Bin Malik r.a;

Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.

1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


Rabu, 28 Mac 2012

Balik Dari Mekah, Abby Abadi Berhijrah

pix_gal0
NIAT pelakon Abby Abadi, 34, untuk berhijrah dengan memakai tudung sudah lama terpendam di hati. Namun ibu tunggal kepada tiga anak comel itu bimbang jika terlalu digembar-gemburkan kelak, ia akan memakan diri.

Bagaimanapun kunjungannya ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu akhirnya mempermudahkan niat sucinya itu.

Limau kasturi : Banyak Khasiatnya!

 

 As- Salam
Sejak akhir-akhir, sedap pulak minum air asam boi+limau kasturi (saya suka keluaran K-Lime). So, entri kali ni, nak share tentang khasiat dan petua-petua yang menggunakan limau kasturi ni.

Nama saintifik limau kasturi ni adalah Citrus microcarpa. Nama lain dalam bahasa Melayu, ‘limau cuit’
.
 Dikatakan, limau ini berasal dari Asia Tenggara, lebih spesifiknya, di Filipina. Orang putih panggil limau ni, Calamansi =)

Ketahui Reaksi Tubuh Saat Menghisap Rokok

Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 10 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok.


Sabun Mandi Yang N Menyelerakan..

Meh tengok gambar ni.. gambar-gambar sabun mandi yang menyelerakan untuk dimakan..hahhaa

Tembok ais gergasi 65 Kaki di Jepun

Murodo-daira Tateyama, Jepun adalah satu-satunya tempat di dunia dengan kejatuhan salji yang paling banyak. Tebing salji boleh menjangkau sehingga purata tujuh meter atau 23 kaki. 


 

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...