Sesungguhnya
Allah s.w.t. telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,
memuliakan manusia dengan semulia-mulianya, melebihkannya daripada
sekalian ciptaan yang lain, mempermudahkan kepada mereka segala benda di
bumi dan di langit (taskhir) dan menjadikannya sebagai khalifah di muka
bumi.
Al-`Izz bin Abd al-Salam berkata:
“Ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mensyariatkan satu hukumpun melainkan untuk maslahah dunia, maslahah akhirat atau untuk maslahah dunia dan maslahah akhirat sekaligus sebagai limpahan kurniaan-Nya kepada manusia. Bukanlah termasuk dalam tanda-tanda limpahan, rahmat, hikmat dan kemudahan daripada Allah, jika dibebankan manusia dengan kesukaran yang tidak mempunyai faedah dunia dan akhirat”. ( Syajarah al-Ma’arif Wa al-Ahwal, hal. 401)


























Terlalu kurang atau hampir tiada langsung buku-buku sejarah menceritakan tentang unit 731 tentera Jepun. Unit 731 merupakan kisah sejarah yang amat menyedihkan serta menyeramkan bagi sejarah Perang Dunia Kedua. Unit ini diletakkan dibahagian timur laut negara China di wilayah Pingfang sewaktu penaklukan tentera Jepun di sana. Tugas unit ini adalah mengkaji, menghasilkan serta menguji senjata biologi. Ianya menjadi jenayah perang yang sangat kejam, kerana mangsa adalah tawanan perang yang disuntik atau diberikan dengan pelbagai bakteria serta mikroorganisma yang sangat berbahaya.










