10 Cara Mengenali Orang Yang Suka Mengongkong, orang yang suka mengawal kehidupan orang lain. Mengongkong seseorang ada hadnya, namun dalam konteks berkeluarga adakalanya kongkongan
dari ibu dan ayah sudah tentu untuk kebaikkan anak-anaknya. Namun kita
seharusnya bijak membezakan ianya satu kebaikkan atau cuma memudaratkan
kita. Berikut adalah 10 cara untuk mengenali orang yang suka mengongkong.
1. Adakah mereka buatkan
anda rasa anda tidak boleh menjadi diri sendiri? Buat anda rasa
bersalah? atau rasa lemas? seperti anda yang selalunya kena beralah,
selalu kena buat apa yang disuruh?
2. Adakah mereka mudah
berubah perangai? merajuk tidak tentu pasal bila tidak dapat apa yang
dikehendakinya? Dalam bergembira tiba-tiba merajuk tak tentu pasal
bagaikan mahu perhatian. Cuba buat orang lain rasa bersalah dengan
keadaannya.
3. Adakah mereka mempunyai
amarah yang meluap-luap? selalu marah-marah? Adakalanya sampai membuli?
pembuli adalah orang yang penakut cuba mengawal orang lain. Marah yang
meluap-luap bila kita tidak bersetuju dengan mereka? Dalam fikiran
mereka, anda sedang mencabar kuasa mereka ke atas anda bila anda tidak
menurut arahan mereka. Kononya mereka lebih tinggi pangkat. Lebih bagus
dari anda.
6. Bolehkah mereka menerima
jawapan tidak untuk sebarang jawapan? Mereka akan sedaya upaya
membuatkan anda memberi apa yang diminta. Hak kita membuat keputusan pun
mereka akan manipulate agar keputusan mengikut cara mereka.
7. Anda sering di ganggu
apabila buat perkara yang anda suka? plan sesuatu yang anda ingini? Bila
sudah merancang sesuatu anda perlu mengubahnya agar mengikut plan
mereka? buat apa yang mereka suka?
8. Bolehkah mereka
dipertanggungjawabkan bila mereka menimbulkan masalah? atau mereka
meletakkan segala kesalahan pada anda? Kebanyakkan mereka yang suka mengawal selalu berkata, “anda lah masalahnya”, atau “anda ini bermasalah.” Tiada satu pun salah mereka.
9. Lihat apa berlaku pada
hubungan anda yang lain. Adakah mereka cuba mencari perbalahan dengan
mereka cerita buruk mengenai anda antara anda dengan rakan-rakan lain?
Adakah mereka turut memburukkan anda di depan keluarga? Cuba
merenggangkan hubungan anda dengan rakan-rakan anda yang lain. Mereka
membuatkan anda membenci rakan anda, dan rakan anda membenci anda.
Dengan itu anda cuma ada mereka yang berpura-pura baik dengan anda. Anda
milik mereka.
10. Lihat rakan-rakan mereka yang bersifat mengongkong ini. Mereka yang suka mengongkong
biasanya tiada ramai kawan rapat. Kalau ada pun perangai serupa dengan
mereka. Mereka jenis yang mudah berasa cemburu pada mereka yang popular,
mereka yang berjaya dan akan mengutuk, mengumpat, kritik mereka yang
mendapat perhatian rakan-rakan lain.
http://azstory311.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan