Pernahkah
anda mempunyai rakan yang bersifat bakhil? Tidak kiralah kawan, adik,
abang, saudara-mara serta sesiapa sahaja yang anda kenal. Adakah anda
pasti dia seorang kedekut? Ataupun sengaja melawak dengan anda?
Dibawah ini aku hendak tunjukkan sedikit ciri-ciri orang bersifat kedekut tahi hidung masing seperti cerita Hagemaru di Astro Ceria ataupun lebih terkenal dengan nama bakhil.
9 Ciri-ciri orang Bersifat Bakhil :
Dibawah ini aku hendak tunjukkan sedikit ciri-ciri orang bersifat kedekut tahi hidung masing seperti cerita Hagemaru di Astro Ceria ataupun lebih terkenal dengan nama bakhil.
9 Ciri-ciri orang Bersifat Bakhil :
1. Sering makan di kantin sendirian.Tidak kisah jika tiada teman berbual.
2. Ambil makanan terus bayar supaya selamat dari membayar untuk orang lain. Kadang-kadang tauke suruh kita makan dulu baru bayar. Bagi si kedekut, cara ini mengundang risiko dia kena membayar untuk orang lain nanti.
3. Jika tak sempat bayar, makan cepat-cepat,segera minta diri dari rakan-rakan dan pergi bayar dahulu makanan sendiri tadi. Katalah ada hal atau nak pergi tandas.
4. Dalam keadaan sama-sama mengambil makanan, dan nanti mungkin duduk semeja bersama kawan-kawan, maka dia akan pilih makanan yang paling murah. Misalnya makan sepotong buah jambu sahaja, bagitahu kawan “sudah kenyang”. Sedangkan kawan-kawan makan nasi dan lauk pauk. Mesti kawan-kawan tak akan suruh dia bayar. Mereka tak sampai hati.
5. Dalam keadaan tak dapat ‘lari’ ketika makan bersama kawan-kawan, taktik lain akan dicari. Buat-buat balas SMS ketika tauke sedang mengira di meja makan. Atau bunyikan ringtone telefon bimbit dan bercakaplah sendirian seolah-olah sedang berbual dengan seseorang di telefon.Lebih baik lagi bila nampak tauke datang, bunyikan telefon segera dan pura-puralah bercakap jauh sedikit dari rakan-rakan. Takut orang dengar hal peribadi. Bila nampak kawan dah tolong bayarkan, bolehlah datang semula ke meja makan.
6. Dalam situasi di atas,boleh juga dicuba cara diamkan diri sahaja. Akan ada nanti kawan yang pemurah dan selalu jadi mangsa membayarkan. Ooh ya, makan dengan orang yang diketahui suka membayar juga merupakan satu tips untuk selamatkan wang sendiri!
7. Kadang-kadang ada lebih daripada seorang yang berebut nak membayar. Dalam situasi ini, si kedekut bolehlah berpura-pura mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Tapi entah kenapa dompet itu macam terlekat pula; Mungkin tebal lalu tersangkut dan sukar ditarik. Dicuba juga ditarik-tarik namun hampir separuh sahaja keluar. Sedang mencuba-cuba itu, sudah ada kawan yang membayar. Alhamdulillah.... Dompet pun ditekan semula ke dalam poket. Sambil berkata.. ”laaa...., cepat sangat awak nak membayar, patutnya saya yang membayar kali ini..’
8. Situasi di atas boleh diubahsuai lagi. Kali ini dompet telah terkeluar. Dijenguk-jenguk, tak ada pula duit kecil. Semua RM100 dan RM50. Jangan tunjukkan sangat kepada orang sebelah, nanti dia nampak duit kecil sebenarnya ada.Kalau makan di kedai-kedai makan yang bersaiz kecil atau sederhana, tauke akan katakan tak ada wang tukar. Jangan bimbang, ada kawan yang akan tolong bayar dengan wang kecil nanti. Sekali lagi selamat.
9. Yang lebih ekstrim lagi (jangan tak percaya, Ini benar-benar berlaku!), jika dia makan di meja lain, belum bayar, makan pun dah tinggal separuh, maka dia akan pindah ke meja kita dengan pinggan dan gelas minumannya sekali. Lagaknya macam nak bersembang dengan kita. Tambahan pula dia nampak kita dah nak hampir ke fasa membayar. Dia pun tumpang semangkuk sambil mempraktikkan mana-mana taktik yang disebutkan tadi.
Jikalau salah satu ada kepada sesiapa sahaja yang anda kenal. Maknanya memang dia bakhil iaitu raja kedekut. Kalau barang kita senang diminta tetapi barang dia punya seksa untuk diminta tambahan lagi hendak guna.
Kesimpulannya sabar sahajalah yer kawan.
http://www.shakroil.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan