Assalamu'alaikum dan salam sejahtera...
Berusahalah untuk agama di kehidupan duniaBerehatlah di dalam kuburDan nikmatilah nikmat di dalam syurga.
Inilah hakikat kehidupan yang sebenar. Kehidupan dunia ini bukanlah
tempat untuk kita bersukaria dan bergelak tawa. Bahkan di kehidupan
dunia inilah tempat untuk kita letihkan diri demi menyempurnakan
kehendak ALLAH dan Rasul. Memang letih dalam mengamalkan agama dari segi
tubuh badan, pemikiran dan perasaan. Namun, inilah yang dikatakan
dengan mujahadah/pengorbanan.
Orang yang menjadikan dunia sebagai tempat untuk dia meletihkan dirinya demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul maka di dalam kubur nanti akan menjadi tempat rehat untuknya. Setelah dia disoal dengan penuh kelembutan oleh malaikat Munkar Nakir maka dia akan berehat di dalam kubur kerana telah berpenat-lelah di kehidupan dunia demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul.
Di akhirat sana, dia akan ditempatkan di tempat yang mulia sebagai tetamu kepada ZAT YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG yakni di dalam syurga ALLAH. Di dalam syurga dia akan menikmati segala macam bentuk kemewahan. Segala hajat mahupun permintaannya akan terus disempurnakan oleh ALLAH Yang Maha Kaya.
Sebaliknya orang yang tidak sanggup letih dan penat di kehidupan dunia demi menyempurnakan perintah ALLAH dan Rasul. Tidak sanggup menanggung kata-kata dan cemuhan manusia dalam menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul. Tidak sanggup bersusah-payah dalam menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul.
Dari segi pandangan zahir yang nampak mulia, nampak senang dan sebagainya. Namun, sebaliknya ia hanyalah sekadar penipuan semata-mata kerana dalaman yakni rohani ataupun batinnya tidak terjaga. Inilah yang dikatakan dengan tipu daya dunia. Mata kita seringkali tertipu oleh apa yang dizahirkan.
Di dalam kubur nanti manusia seperti ini tidak akan diberi kerehatan oleh ALLAH SWT. Akan dilepaskan binatang-binatang berbisa kepadanya supaya dia sama sekali tidak mendapat kerehatan. Akan dilepaskan bau-bauan yang sangat busuk. Kuburnya akan menghimpit sehingga kedua tulang rusuknya berceragah dan bermacam-macam lagi kesusahan akan ditempuhinya selama mana berada di kubur.
Di akhirat, manusia seperti ini akan ditempatkan di tempat yang paling hina dan akan terjauh dari rahmat dan pengampunan ALLAH. Tidak akan ada satu pun keinginannya yang akan disempurnakan oleh ALLAH kerana di dunia dia sudah berusaha bermati-matian untuk menyempurnakan segala keinginan nafsunya sehingga meninggalkan kehendak ALLAH.
Semoga ALLAH selamatkan diri ini dan kita semua dari tipu daya dunia ini. Biarlah keinginan kita di kehidupan dunia ini dikorbankan demi menyempurnakan kehendak ALLAH dan Rasul agar kita mendapat kerehatan di dalam kubur dan kenikmatan yang selama lamanya di dalam syurga ALLAH...
http://kum-pun.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan