Kisah Janggut Nabi Harun Berwarna Dua | Nabi Musa Alaihisalam telah diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wataala supaya pergi ke bukit Sina untuk menerima wahyu. Semasa pemergian Nabi Musa, segala urusan telah diserahkan kepada saudaranya Nabi Harun a.s. Pemergian Nabi Musa mengambil masa selama 40 hari dan 40 malam.
Ketiadaan Nabi Musa a.s telah mengembirakan seorang musuh dalam selimut
bernama Samiri. Dia telah memunafaat masa ini untuk menyesatkan kaum
Nabi Musa yang selama ini telah bersusah payah membentuk dan memberi
keimanan kepada mereka. Sewaktu Nabi Musa menyeberangi Laut Merah
setelah pulang dari Mesir, kaki kuda yang ditunggangi oleh Nabi Musa
telah tenggelam dalam pasir di tengah lautan yang kering itu. Dengan
segala usaha yang dilakukan oleh Nabi Musa, kuda yang ditungganginya
tetap tidak mahu meneruskan perjalanan untuk menyeberangi Laut Merah.
Kerana itu Allah telah mengutuskan malaikat Jibrail dengan menunggang
kuda betina. Melihat lawan sejenisnya kuda yang ditunngangi oleh Nabi
Musa telah mengejar kuda yang ditunggangi oleh Malaikat Jibrail. Samiri
yang ikut serta dalam rombongan tersebut telah mengambil segenggam pasir
bekas tapak kaki kuda yang ditunggangi oleh Jibrail dan disimpannya
untuk dijadikan azimat.
Apabila tiba masa yang sesuai iaitu semasa Nabi Musa bersunyi di Bukit
Sina, Samiri membuat patung seekor lembu daripada emas murni. Setelah
siap, patung itu diisinya dengan pasir yang di ambil dari bekas tapak
kaki kuda Jibrail. Dalam waktu yang singkat sahaja patung lembu tersebut
dapat mengeluarkan suara. Melihat keadaan tersebut, umat Nabi Musa
datang berduyun-duyun kepada Samiri. Samiri memimpin mereka menyembah
patung lembu yang menakjubkan itu.
Nabi Harun sangat marah setelah melihat umatnya menyembah berhala, lalu
berusaha mencegah umatnya daripada terus syirik kepada Allah bahkan
umatnya mengancam Nabi Harun untuk membunuhnya jika Nabi Harun terus
melarang mereka meyembah patung lembu tersebut. Nabi Harun tidak dapat
berbuat apa-apa untuk melarang mereka daripada terus menyembah patung
tersebut. Setelah kembali daripada Bukit Sina, Nabi Musa sangat marah
kerana melihat umatnya telah murtad.
Nabi Harun telah di persalahkan dalam hal ini. Dalam keadaan marah yang
tidak dapat dikawal Nabi Musa telah menarik janggut Nabi Harun
menyebabkan janggut yang dipegang oleh Nabi Musa telah bertukar menjadi
putih manakala janggut yang tidak terkena tangan Nabi Musa kekal
berwarna hitam. Sejak itu janggut Nabi Harun mempunyai dua warna iaitu
putih dan hitam.
pen patah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan