Rabu, 4 Disember 2013

Ngeri: Mayat Di Belit Dan Di Makan Ular

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgqntVkVfTTv-uuI1fk3S-WCgG2nPYMjf-OpS6dM7pAiRzQfzC7_T6wHi6mRznca2heOx1bpLfa-hzKScukOKsTcXsjAGDuPR0S3ADK-oT1pwQ9mRA51nrc2G1H3TCKVTRlhyKAi1Mnduim/s1600/kempen.jpg
Kelebihan Solat Berjemaah 

Ular Menyiksa Mayat

Kisah Motivasi Pagi yang kita ingin kongsi dengan pembaca-pembaca Blog Santai ialah mengenai kisah seekor ular yang menyiksa Mayat. Kisah ini berlaku di zaman Abu Bakar r.a.
  
Pada suatu hari ada seorang lelaki yang meninggal dunia. Sewaktu menyembahyangkannya tiba-tiba kain kafan mayat itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka lihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darahnya. Lalu mereka cuba membunuh ular tersebut.

Tiga Kesalahan Mayat

Apabila hendak membunuh ular tersebut, tiba-tiba ular tersebut berkata: "Laa illallahu Muhammmadu Rasulullah, mengapa kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah SWT yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan. Antaranya:"
1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mahu datang sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat ke atas hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulamak. Maka inilah balasannya.
Sebagai kesimpulan, jom sama-sama kita jaga solat kita. Jika berpeluang berjemaahlah di rumah, di tempat kerja mahupun di masjid. Keluarkan zakat atas harta yang kita miliki dan jangan sesekali ingkar akan suruhan Allah dan pesanan para ulamak.
Jaga Diri, Hiasi Peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.  
http://myblogsantai.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...