Selasa, 10 Disember 2013

Resepi - Bihun sup Sytle Chinese { step by step }Simple

Sejujurnya,  aku buntu sekarang ni..tak tahu nak masak lauk apa untuk juadah  makan malam. Bertambah buntu bila kuintai  dalam esbok  cuma ada sekeping dada ayam dan  beberapa ketul fishball. Serabut , macam-macam benda nak fikir,terutama fikir masalah rumah aku  dah dua hari tak de air.


Fikir punya fikir akhirnya aku memutuskan untuk memasak bihun sup  sebagai  juadah makan tengahari merangkap juadah makan malam





Ajaran sesat ; Mak mertua aku yang cina tu tak memerlukan  bawang goreng dan kicap cili  untuk menyedapkan  bihun supnya cuma aku  yang melayu ni je yang masih lagi belum boleh  menerima  bihun sup tanpa cili kicap dan bawang goreng :

 Simple dan mudah je resepi  bihun sup aku  ni  . InsyaAllah  bihun sup aku ni cukup untuk 4 orang makan.

Bahan-bahannya

1)4 ulas bawang merah-dihiris
2)7 ketul fishball-dah banyak tu je yang  ada: ) -dibelah 3
3)Sekeping dada ayam-dibasuh dan dihiris nipis
4)Lebih kurang dua gengam  ikan bilis
5)lebih kurang 1.5 liter air
6)Garam secukupnya
7)Celur bihun dalam air yang mendidih dicampur dengan sedikit minyak
Cara menyediakannya

Step 1 ; Masukkan ikan bilis dan lebih kurang  1.5 liter air ke dalam periuk.Reneh hingga mendidih mengunakan api sederhana.


Sekiranya kita ingin menikmati  stok ikan bilis cum sup yang sedap, manis dan lemak berkrim, sila beli spesis ikan bilis  hitam yang dah siap berkopek.Sup hasil renehan spesis ikan bilis hitam  InsyaAllah  tak mengecewakan.


Lebih kurang 1/2 ikat sawi hongkong-siang sawi, basuh  dan tuskan
 Pilihlah sayur yang mempunyai rasa manis, contoh sawi hongkong, kobis panjang atau kobis cina .
 
1)Tumis hirisan bawang merah hingga naik bau dan agak garing
2)Masukkan hirisan ayam-masak hingga ayam  separuh masak
3)Masukkan hasil renehan SAHAJA  diikuti dengan fishball-Biar sup agak mendidih
4)Akhir sekali masukkan sawi hongkong-Biar mendidih sekejap
Saper yang tak suka masukkan sekali  sawi dalam sup, mereka boleh celur sawi dan letak dalam bekas berasingan
5)Perasakan dengan garam secukupnya.
 
Hasil renehan sebelum dimasukkan sawi
 
Bihun sup mak mertua sedia untuk dihidang
 
Jemput makan murid-murid
Bonus pada orang yang  rajin  menyalin resepi bihun sup mak mertua .... jeng jeng mereka dapat  resepi teh penyegar badan.Suka tak? cakaplah suka............haktuiii
Masukkan hirisan halia dan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas plastik yang besar.Ekceli bekas plastik tak elok digunakan untuk mengisi air panas, tapi tak pelah untuk kali ni makcik tempe dilepaskan
Tuang air panas mendidih ke dalam bekas  berisi hirisan halia dan bunga cengkih tadi.Masukkan 2 uncang teh lipton kemudian campurkan gula. Sebelum campurkan gula, dengar dulu pesanan Firdaus "kurangkan gula dalam minuman .Lebihkan manis dalam senyuman"
 
Jemput minum
 http://iniblogcikinadodocheng.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...