Khamis, 5 Disember 2013

TERKINI! INFO BANJIR DI PAHANG & PANTAI TIMUR


PETA laluan ditutup berikutan banjir di Terengganu yang dikeluarkan oleh Bilik Gerakan Banjir Negeri, hari ini.5HB.DIS.








Operasi menyelamat mangsa banjir di Kuantan.

Pautan kekal imej terbenam



Pautan kekal imej terbenam

Gambaran udara banjir Kemaman. Seluruh bandar tenggelam. Puluhan ribu kandas. KENAPA KERAJAAN TAK ISTIHAR DARURAT?



Jambatan kat Chukai Kemamam dah runtuh. Banjir makin buruk.


Kemaman bagaikan pulau
5 Disember 2013

Penduduk berpusu-pusu keluar menyelamatkan diri apabila air semakin naik pada waktu tengah hari semalam.

KEMAMAN – Keadaan banjir yang semakin buruk menjadikan Kemaman kelihatan bagaikan pulau apabila beberapa kampung di Dun Air Putih dan Dun Chukai 100 peratus ditenggelami air dan pusat bandar di Chukai turut lumpuh.

Bencana banjir kali ini juga disifatkan sebagai banjir yang luar biasa dan paling buruk dalam sejarah kerana kawasan yang tidak pernah tenggelam seperti di Felda Cerul, Bandar Cheneh Baru dan Kampung Mak Chili turut dilimpahi air bah.

Kampung yang paling awal tenggelam secara keseluruhan ialah Kampung Air Putih dan Kampung Teladas di Dun Air Putih iaitu kira-kira jam 10 malam tadi.

Air yang melimpah di Taman Chukai Utama sejak lewat petang kelmarin juga mengakibatkan bekalan elektrik di bandar Chukai dan kawasan kampung sekitar termasuk Kampung Fikri, Dusun Nyior, Pengkalan Pandan dan Kuala Kemaman terpaksa diputuskan secara berperingkat sejak pagi semalam.

Keadaan jalan di Taman Chukai Utama yang menempatkan pelbagai premis bank, pasar raya, kedai dan pejabat yang terpaksa ditutup menjadikan bandar sesak kerana hanya laluan Jalan Sulaimani ke Jalan Jakar boleh digunakan oleh pengguna jalan raya.

Pejabat pasukan penyelamat turut tenggelam

Lebih teruk, Pasukan Bomba dan Penyelamat Chukai yang sibuk dengan kerja membantu mangsa banjir juga berdepan keadaan sukar apabila balai mereka di Taman Chukai Utama turut ditenggelami air.

Situasi sama turut dihadapi Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kemaman apabila pejabat mereka di Kuarters Kerajaan, Jalan Air Putih, turut ditenggelami lebih 1 meter menyebabkan seramai 20 anggotanya yang bertugas terpaksa dipindahkan.

Puluhan kenderaan terapung

Paling menyedihkan, gara-gara air naik dengan cepat ramai penduduk di sekitar Jalan Air Putih, Chukai tidak sempat mengalihkan kenderaan menyebabkan puluhan kenderaan kelihatan terapung dan hanyut ketika tinjauan dilakukan Sinar Harian.

Mangsa banjir dari Jalan Petaling, Kampung Mak Chili, Norzilawati Mansor, 36, berkata, banjir yang melanda daerah ini kali ini sangat luar biasa kerana kawasan penempatannya sebelum ini tidak pernah dinaiki air walaupun pada banjir tahun lalu yang disifatkan sebagai paling buruk dalam tempoh 30 tahun.

“Saya sekeluarga sangat takut apabila lihat air naik dengan cepat. Air mulai naik pada jam 3 pagi tadi (semalam) dan ketika keluar dari rumah tadi air dalam rumah sudah separas betis,” katanya yang dibantu oleh JPAM ketika berpindah keluar dari rumah bersama ibun, lima anak dan adik beradiknya kira-kira jam 2 petang.

Felda Cerul kali pertama kali bah

Sementara itu, ibu Norzilawati, Aishah Mohamad, 53, dari Felda Cerul yang datang membantu anaknya berpindah berkata, tidak pernah dalam sejarah Felda Cerul banjir tetapi semalam tanah rancangan Felda itu turut banjir.

“Makcik datang bantu anak berpindah tapi pada masa sama makcik diberitahu rumah di Felda Cerul juga turut dinaiki air. Semua barang di dalam rumah tidak sempat diselamatkan kerana tak jangka air akan naik di situ,” katanya.

Dalam pada itu, Fatimah Salleh, 45, berkata, kawasan hadapan rumah ibunya di Kampung Mak Chili Paya ditenggelami air separas pinggang.

“Rumah ibu saya yang dihuninya dengan bapa dan tiga ahli keluarga lain adalah rumah papan dan tinggi, tetapi rumah masih dinaiki air separas buku lali. Ia menunjukkan banjir kali ini sangat buruk.

“Sejak duduk di sini pada 1983, banjir tidak pernah masuk ke dalam rumah dan ini merupakan banjir yang sangat luar biasa. Seakan tak percaya banjir buruk sebegini berlaku sekarang,” katanya sambil memberitahu ibunya berpindah di Masjid Batu 2 ½ Kampung Mak Chili.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Kemaman merangkap Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut meninjau keadaan banjir dan melawat pusat pemindahan sambil menghulurkan bantuan.



Terkini pemandangan di pusat pemindahan banjir SRJK Chung Ching, Tanah Putih





Perwakilan Umno Sedekah Al-Fatihah Kepada AJK Bahagian Pekan Yang Hilang Dalam Banjir
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anggota perwakilan Umno menyampaikan sedekah Al-Fatihah kepada seorang anggota parti yang hilang dalam banjir di Kuantan Rabu malam.

Jamali Jani, 45, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Pekan dan anaknya Megat Mohd Nazli Jamali, 17, dipercayai terjatuh ke dalam arus deras ketika menaiki bot fiber pukul 7.30 malam di Kampung Sungai Isap, Kuantan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa memulakan ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung Umno 2013 telah meminta para perwakilan menyedekahkan Al-Fatihah untuk Jamali.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama pada pukul 10.30 pagi ini berkata operasi mencari kedua-dua beranak itu masih diteruskan.

"Mangsa dipercayai melanggar arus pusaran air lalu terbalik menyebabkan mangsa dan anaknya dihanyutkan arus deras."Bertindak atas maklumat, pasukan menyelamat yang terdiri daripada anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam telah untuk dikerahkan mencari dan menyelamat mangsa," katanya.

Pada masa kejadian dua beranak itu sedang memindahkan barang dari rumah mereka yang dinaiki air.
-- BERNAMA

Banjir: Mangsa di Pahang meningkat kepada 30,307 orang setakat 8 pagi ini, Kemas kini: Disember 05, 2013
Kampung Bukit Rangin yang tenggelam di paras bumbung.

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang setakat jam 8 pagi tadi mencatatkan jumlah keseluruhan seramai 30,307 orang.

Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 22, 291 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,289 mangsa banjir ditempatkan di 15 pusat pemindahan, membabitkan seribu 1,135 buah keluarga.

Manakala di Pekan seramai 3,037 mangsa banjir, masih ditempatkan di 11 pusat pemindahan membabitkan 1,660 buah keluarga.

Sementara itu di Maran mangsa yang terjejas banjir ialah 637 orang yang ditempatkan di enam buah pusat pemindahan membabitkan 1,145 buah keluarga.

Di Jerantut pula, seramai 25 orang mangsa, daripada dua buah keluarga, ditempatkan di dua buah pusat pemindahan.

Sementara itu di Lipis mangsa yang terjejas banjir ialah 21 orang yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan membabitkan 1,004 buah keluarga.

Sementara itu di Temerloh mangsa yang terjejas banjir ialah tujuh orang yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan membabitkan 1,001 buah keluarga.

Jalan-jalan yang ditutup kepada semua jenis kenderaan ialah:

1. KM 28 Kuantan-Sg Lembing
2. KM 36 Jalan Gambang berhampiran Gambang Resort
3. Bt 3 Jalan Gambang (depan Giant)
4. Lampu trafik Bukit Rangin Kuantan
5. Lampu trafik Shah Putra Kuantan

Banjir di Pahang makin buruk, dua beranak dikhuatiri lemas

05HB. DECEMBER 05, 2013

Pusat pemindahan di Kuantan untuk menempatkan mangsa banjir yang terjejas teruk di Pahang., 5 Disember, 2013.
Keadaan banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila lebih 20,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir, manakala dua beranak dikhuatiri lemas ketika sedang memindahkan barangan di Perkampungan Sungai Isap malam tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, kedua-dua beranak itu dikatakan cuba memindahkan barangan dari rumah mereka yang ditenggelami air di Perkampungan Sungai Isap menggunakan sebuah bot jenis fiber.

Kedua-dua beranak itu, Jamal Ali, 40-an, yang juga AJK Umno bahagian Pekan dan anak lelakinya yang dikenali sebagai 'Megat' berusia belasan tahun dikatakan terjatuh ke dalam air ketika memindahkan barangan dari rumah mereka kira-kira jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun butiran lengkap mengenainya masih belum diperoleh.

"Pasukan mencari dan menyelamat masih berusaha mengesan mangsa terbabit," katanya.Difahamkan kedua-dua beranak itu menggunakan bot fiber milik persendirian dan bukannya milik pasukan penyelamat bagi memindahkan barangan mereka.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir IPK Pahang, berkata Lipis menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 11 mangsa banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.Daerah Kuantan masih mencatatkan jumlah pemindahan mangsa banjir tertinggi iaitu 14,044 orang yang ditempatkan di 46 pusat pemindahan.

Di Rompin, sejumlah 4,144 mangsa banjir ditempatkan di 13 pusat pemindahan, di Pekan 3,061 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan, di Maran 1,005 mangsa di tujuh pusat pemindahan dan di Jerantut 130 mangsa di empat pusat pemindahan.
Jumlah keseluruhan mangsa banjir setakat 10 malam semalam ialah 22,395 orang. - Bernama







updated 10.00pm


KUANTAN

Ada lagi ke kawasan yg tak terima bantuan.. ada lagi ke mangsa2 banjir tak diselamatkan... Plz update... Ini jek yg admin mampu buat takat ni.. kot2 ada yg terbaca & terus pergi ke kawasan kejadian yg dinyatakan.. tq warga KUANTAN yg prihatin

Kuantan banjir.. yang mana terjejas pindah ke pusat perpindahan..
Air makin naik. Pusat pemundahan pun dah naik air .kat Parliament. Mp BN halang bagi bantuan kepada rakyat kalau nak tau.
Kemaskini 9.30 mlm...

Banjir di Kuantan: Ibu bapa ikat perut demi anak-anak


KUALA LUMPUR: "Ibu bapa terpaksa ikat perut bagi memberi makanan lebih kepada anak-anak".

Itulah gambaran yang diberi oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Kuantan, Datuk Abdul Manan Ismail susulan kejadian banjir teruk yang melanda Kuantan beberapa hari lalu.

Menurut beliau, simpanan makanan untuk diberikan kepada mangsa banjir memang sudah sedia ada.

Walaubagaimanapun, dengan keadaan banjir yang tidak diduga ini, stok-stok ini tidak mencukupi untuk menampung semua permintaan.

"Keadaan semakin teruk pagi ini dan setiap pusat pemindahan dipenuhi mangsa banjir sehingga beribu orang. Sebagai contoh di Bukit Rangin serta kawasan Pandan terdapat seramai 1,500 mangsa banjir masing-masing.

"Keadaan ini tidak kami jangka. Ini menyebabkan bekalan makanan, selimut dan tilam yang ada tidak mencukupi. Makanan memang tidak mencukupi dan kami kini sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak bekalan makanan untuk semua mangsa banjir," kata Abdul Manan.

Beliau menambah, air pasang dijangka berlaku pada malam ini dan jika ini terjadi, keadaan mungkin akan kembali teruk seperti awal pagi tadi.


KUANTAN
Sebarang bentuk sumbangan spt selimut, pakaian, makanan dll utk membantu mangsa banjir, boleh dihantar ke Wisma Belia Indera Mahkota. Bantuan tuan puan semua amat diperlukan didalam keadaan sekarang
Terima kasih




INFO BANJIR PAGE 1  : KUANTAN

PAGE 2  :  Life@ Kuantan


PAGE 3 :  KOTA BHARU BRI





Suasana sebuah jejantas di Simpang Tiga, Permatang Badak. Sayu hati melihat gambar ini bila anak-anak kecil dan kaum wanita terpaksa menumpang teduh di bawah jejantas untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana.


Gambar: DTR Ai ~ Keadaan di simpang 3 permatang badak. Kesian tdo di jejantas je

info & pic ~ mokhzani pielangbikers wazup group

Kebesaran Allah di Masjid Al-Fatah, Gambang, Kuantan: KETIKA air banjir menenggelami hampir keseluruhan bandar Kuantan, keajaiban berlaku di Masjid Al-Fatah, Batu 3, Jalan Gambang-Kuantan. Air keruh berlumpur yang membanjiri pekarangan masjid tersebut didapati menjadi jernih apabila memasuki ruang solat masjid.


Disukai · 4 minit yang lalu 

Ini bukan sandiwara atau edit dengan photoshop.... Ini adalah apa yang berlaku di Kuantan, Pahang.








http://pkrl.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. terimakasih informasinya,, ijin share gan
    http://ramuantradisionalkita.com/

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...