Isnin, 21 November 2011

KEMBAR TERMUDA LULUS MATEMATIK A-LEVEL!

Sepasang kembar, Peter dan Paula Imafidon mencipta sejarah apabila menjadi pelajar termuda lulus peperiksaan mata pelajaran matematik di peringkat A-level.

Kedua-dua mereka memperoleh gred D dalam peperiksaan tersebut.
Sebelum ini seorang lagi kanak-kanak pintar, Ruth Lawrence memperoleh gred A dalam peperiksaan tersebut pada 1981 ketika berumur sembilan tahun.
Ruth kemudian mendapat ijazah kelas pertama di Universiti Oxford ketika berumur 13 tahun.
Berbeza dengan kanak-kanak genius lain yang belajar di rumah, Peter dan Paula memasuki sebuah sekolah rendah di sini sebelum mengambil peperiksaan tersebut pada musim panas lalu.
Mereka juga menghadiri kelas-kelas tambahan di sebuah pusat pembelajaran yang dianjurkan oleh sebuah agensi untuk kanak-kanak di kawasan kurang membangun
duniajunko

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...