Selasa, 22 November 2011

Hasilkan Seni Menarik Dengan Daun Pokok..

Tak seperti beberapa karyawan lain yang memahat batu dan membuat ukiran kayu, tetapi penggiat seni dari Sepanyol iaitu Lorenzo Duran memutuskan untuk meluahkan bakat seni beliau dengan memotong daun pokok.

Diilhamkan oleh teknik pemotongan kertas lama oleh artis Cina dan Jepun, beliau memutuskan untuk mencuba pada daun, dan walaupun beliau baru tetapi dia telah mencipta beberapa keping hasil seni yang benar-benar mengagumkan. Dia mula-mula membuat corak pada kertas dan kemudian meletakkannya ke atas daun dan menggunakan pisau bedah untuk mengukir daun tersebut.

Duran telah mencuba memotong pelbagai jenis daun dan mengaku bahawa sebahagian besar daripada kerja-kerja awalnya berakhir ke dalam tong sampah. Dia belajar daripada kesilapan dan membuat proses penyediaan daun dan memotong dengan lebih teliti supaya tidak mudah pecah ketika diukir.






budakbotak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...