Sabtu, 26 November 2011

WOW!. KERUSI PINTAR KAWALAN MINDA BUATAN MALAYSIA!

GEORGETOWN 24 Nov. - Bolehkah manusia gerakkan benda dengan hanya menggunakan kuasa minda sepertimana dalam filem-filem sains fiksyen?

Perkara itu bakal menjadi realiti berikutan sekumpulan penyelidik Malaysia sedang giat membuktikan kehebatan sains dan teknologi untuk mengerakkan benda dengan kuasa minda sahaja.

Sekumpulan saintis dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu sedang membuat penyelidikan untuk merekacipta kerusi pintar khas bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) cacat anggota mengendalikan peralatan elektrik dengan menggunakan kuasa minda.

Ketua Penyelidik Bahagian Penyelidikan Sains Tingkahlaku dan Otak (BSBS) USM, Jahangir Kamaldin berkata, kerusi pintar itu akan dilengkapi teknologi electrooculogram (EOG) yang boleh menghubungkan minda manusia dengan peralatan elektrik di rumah.

"Teknologi EOG sama berfungsi seperti alat kawalan otak akan dipasang pada peralatan elektrik di rumah seperti peti televisyen, pendingin hawa dan suis lampu yang akan dihubungkan kepada kerusi pintar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

SUMBER: BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...