Sabtu, 26 November 2011

Pemandangan Luar Kawasan Istana Negara Jalan Duta












Assalamualaikum kawan-kawan..
Hari ini just nak kongsi dengan korang semua pasal foto! Foto Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Tapi aku nak kongsi foto yang diambil di bahagian luar istana sebab aku rasa sangat menarik si Engineer tu main dengan landform kawasan tu. Mana yang kena retain, kenalah retain kan.

















Foto ni yang paling aku suka sebab tunjuk kawasan keseluruhan istana tersebut. Korang tengoklah, kawasan hijau kat keliling tu sebagai barrier & sebenarnya kan, pembangunan yang berlaku di sekeliling kawasan istana mestilah tidak boleh lebih tinggi daripada istana atas sebab-sebab keselamatan. Maksudnya, dalam radius yang telah ditetapkan (contoh 1km daripada kawasan istana), tak boleh ada bangunan yang lebih tinggi daripada bangunan istana. Jap lagi kang, ada pengganas yang cuba nak tembak orang-orang kat istana tu.
















Inilah pandangan dari udara kawasan Istana Negara yang dikelilingi oleh kesibukan Jalan Duta.














Tengok kat belakang istana tu, itulah kawasan apartment mewah yang aku raca macam cendawan lepas hujan. Kalau korang nak tengok view yang menarik kawasan apartmen tu, korang boleh tengok dari Plaza Tol Jalan Duta. Mesti anda teruja dengan pemandangannya walaupun just rumah sahaja. Tapi, bagi aku cantik (^__^)















mohdkhairi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...