Rabu, 30 November 2011

Ayam Masak Kuzi

Assalamualaikum dan bertemu kembali. . Sebenarnya saya dapat resepi ni dari buku masakan Kelantan oleh Chef Hafiza. Dah lama nak cuba resepi ni, tapi tak ada rempah kuzi. Bila tengok resepi ni mudah je walau tak guna rempah kuzi, malahan kita boleh buatnya sendiri mengikut bahan2 yg ada. Bila dah cuba resepi ni...wallahhhhh tak terkatalah mmng sedap sangat...memang kena betul bila di makan bersama nasi serai ataupun nasi kegemaran. Resepi ni pula tak perlu menumis, masukkan semua rencah dan biarkan ayam mesra dan masak sekata. Bila dah masak seakan2 rasa ayam beriani pula..mmng sedap betullah.

Pada kawan2 yg nak masak ayam kuzi ni tapi takde perencah kuzi, bolehlah cuba resepi ni..mmng menjadi dan sedap..kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Kalau nak tumis perencah tu pun boleh tak jadi masalah...anda cuba, anda juga yg tau hasilnya...betulkan..kan..Jom semak resepinya.


Bahan A
  • 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
  • 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan kismis hitam
  • 1 1/2 cawan bawang goreng
  • 1/2 cawan badam cincang
  • 3 sudu makan tomato puri
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak secukupnya utk goreng ayam
Bahan Kisar
  • 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 biji buah keras
Bahan B (Rempah Kuzi )
  • 2 sudu makan ketumbar*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 btng kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 tangkai bunga cengkih
Cara Memasak
  1. Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
  2. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
  3. Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
  4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
  6. Sedap di makan bersama nasi kegemaran.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...