Rabu, 23 November 2011

MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Billion?


mas rugi MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Billion?
Biasanya syarikat penerbangan lain mengumumkan untung berjuta-juta, manakala MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM1.2 billion? Apa dah jadi dengan MAS sekarang ini?
Kami tak pasti jumlah kerugian yang terkumpul sebanyak RM1.2 billion sejak daripada zaman bila? Entah apa silapnya dengan MAS ini. Apabila ditanya kenapa MAS rugi? Ini jawapan berdasarkan kenyataan MAS sendiri…
  • MAS rugi disebabkan peningkatan kos bahan api
  • MAS rugi disebabkan kerugian tukaran asing dari pinjaman dalam dolar Amerika Syarikat (AS)
Bagi kami ini jawapan yang tidak bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Susah sangat ker nak mengakui kerugian ini di atas kelemahan pengurusan MAS itu sendiri. Setiap kali membentangkan laporan kerugian MAS, pusing-pusing ini sahaja “modal” yang digunakan bagi menutup kelemahan sendiri.
Perlu diingat jikalau negara berhutang terlalu tinggi, rakyat yang akan terkena tempias bagi menampung kadar hutang yang tinggi. Apabila syarikat rugi pula, pekerja yang akan terkena”tempiasnya”. Tak silap pada 1 Disember 2011 ini, MAS akan umumkan langkah-langkah yang mereka nak ambil bagi membendung kadar kerugian yang kami fikir agak tinggi. Kita lihat apa yang bakal mereka bakal lakukan?
Yang ajaibnya, syarikat bertaraf GLC ini masih mampu “survive”. Inilah kelebihan yang ada pada syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Bila ada masalah begini, kerajaan “yang akan bantu”, bailout (duit rakyat lagi)
Dulu MAS pernah untung. Itupun sebab jual kapalterbang. Untung hanya hanya pada disposal of fixed assets. Bukan untung operasi. Erm….
P/S : Selagi, MAS tak “pancung” overhead cost, tidak mahu mengakui kelemahan sendiri & ada sikap tanggungjawab walau apa yang berlaku serta masih mengamalkan lagi pengurusan yang lemah, harapan MAS untuk menandingi Singapore Airline hanya tinggal harapan
beritasemasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...