Pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich (gambar) membina sebuah kapal layar mewah berperisai yang lengkap dengan sistem radar pengesan peluru berpandu bagi memberi amaran awal sekiranya diserang oleh lanun atau pengganas.
Kapal sepanjang 167.64 meter itu dan bernilai lebih £200 juta (RM1.21 bilion) menjadi kapal layar paling besar pernah dibina.
Kapal layar yang dianggap sebagai kubu itu dibina secara rahsia di sebuah limbungan di Jerman yang sebelum ini pernah menjadi tempat pembinaan beberapa kapal perang ketika era Perang Dunia Kedua.
Kapal layar Abramovich, 41, yang memiliki kekayaan berjumlah £11.7 bilion (RM71 bilion) itu juga dilengkapi dengan tingkap kalis peluru dan plat berperisai.
Kapal yang dinamakan Eclipse itu juga dilengkapi tempat pendaratan helikopter berkembar dan mempunyai seramai 70 krew yang terdiri daripada bekas anggota pasukan tentera elit.
Sekiranya penceroboh berjaya juga menawan Eclipse, Abramovich dan teman wanitanya, Daria Zhukova, 26, boleh melarikan diri dengan sebuah kapal selam berwarna kuning yang mampu menyelam sedalam 48.76 meter
duniajunko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan