Khamis, 24 November 2011

Projek Rumah Sejahtera Rakyat di Yan tidak terbengkalai

ALOR SETAR - Khabar angin yang mengatakan bahawa projek pembangunan Rumah Sejahtera Rakyat di Yan terbengkalai adalah tidak benar kerana proses pembangunan projek ini telah bermula sejak awal tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga. YB Dato’ Phahrolrazi Zawawi.

Beliau menjelaskan dalam jawapan bertulis semasa menjawab persoalan daripada ADUN Guar Chempedak, YB Dato’ Dr. Ku Rahman Ku Ismail mengenai status projek Rumah Sejahtera Rakyat di Yan yang dikhabarkan terbengkalai, semasa Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah yang ke -12.

“Projek pembangunan Rumah Sejahtera Rakyat di Yan sebenarnya tidak terbengkalai dan proses pembangunan projek ini telah bermula sejak awal tahun ini. Ianya bermula setelah mendapatkan ulasan-ulasan daripada jabatan-jabatan teknikal seperti Tenaga nasional berhad (TNB), Syarikat Air Darul Aman (SADA), Jabatan Pengairan dan Saliran  (JPS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan banyak lagi.

“Proses  surcharge tanah (penimbunan tanah ) yang dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah pun siap dan ianya memakan masa selama enam bulan untuk memastikan bahawa tidak berlaku pemendapan bagi semua lot-lot rumah,” jelasnya.

Menurut Dato’ Phahrolrazi kontraktor tersebut adalah Che Alin@ Abdullah Ahmad. Tarikh mula projek tersebut adalah bermula pada 10.5.2011 dan dijangka siap pada 6.6.2011 ini. Harga kontrak tersebut adalah sebanyak RM98,163.

Mengikut perancangan, pembinaaan 100 unit rumah oleh Yayasan Haji Zainuddin akan bermula enam bulan setelah kerja penambunan tanah siap iaitu pada Disember 2011.

“Pada masa ini permohonan kebenaran merancang dan pelan pembangunan telah diluluskan oleh Majlis Daerah Yan.
Tambahan dan penyelarasan aspek-aspek teknikal seperti bekalan air, elektrik perparitan dan kumbahan sedang dijalankan oleh jabatan-jabatan yang terlibat seperti JKR, SADA, MADA, TNB dan Indah Water.

“Maka seperti mana jangkaan awal projek ini akan dimulakan pada Disember 2011 ini,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...