Jumaat, 25 November 2011

City Liner masuk menggantikan cikgu

Oleh Enggang Qadha

City Liner mengalamai kerugian dan berkemungkinan terpaksa menghentikan operasinya di beberapa buah negeri. Antara negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

City Liner adalah antara syarikat bas henti-henti terbesar di Malaysia. Pekerjanya ada beribu-ribu orang. Jika syarikat sebesar ini mengalami kerugian yang mungkin akan ditutup operasi, tentulah pakatan pekerjanya akan bersuara.

Aku tunggu la nak dengaq apa punca syarikat ni boleh rugi berjuta-juta. Sampai hari ni dah 4 hari berita tu keluaq dalam TV, tapi tiada ulasan atau respon dari pekerja maupun majikan atau pun kerajaan.

Takkan pekerja tak risau?

Aku duk bayangkan, beberapa ribu pekerja akan menganggur.

Ketika ni lah kerajaan pusat akan memainkan peranan membantu pekerja atau membantu syarikat, agar kehidupan pekerja terbela. BN akan menampakkan keperihatinan mereka seperti yang lepas-lepas.

BN sentiasa mengharapkan kesusahan rakyat untuk menonjolkan diri sebagai parti yang perihatin. Padahal, selepas sekali dua bantuan dihulur, rakyat ditinggalkan. Seperti mana BN mengharapkan hujan turun dengan lebat dan banjir berlaku, dapatlah mereka menghulur bantuan didepan kamera.

Inilah cara permainan politik UMNO BN. Aku yakin dalam masa terdekat ini akan ada respon dari BN untuk membantu syarikat terbabit di negeri yang depa perintah. Di negeri Pakatan Rakyat, depa akan tuduh kerajaan negeri tak mau bantu.

Cerita sebenar disebalik semua mainan ini adalah, city liner tak pernah rugi pun sebab tu pekerja tak bagi apa2 respon

Mainan ni sama dengan isu guru kena kerja 9 jam tahun depan. Kesatuan guru tak dan nak kata apa lagi, Muhyiddin dah umum tangguh keputusan tu.... Cuma nak cari milage politik utk diri dia.

Cukup la BN... Jadi la duk pemohong tu. Dah lama dah hang pa duk muhung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...