Ahad, 20 November 2011

Telefon Kalis Air

                
Dengan ciptaan teknologi terkini, pengguna telefon pintar tidak lagi perlu khuatir jika alat mudah alih itu tidak dapat berfungsi selepas ia terjatuh ke dalam air.

Demonstrasi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat HZO yang menghasilkan semburan kalis air berfungsi sebagai pelindung telefon pintar tersebut menunjukkan ia masih boleh berdering walaupun berada di dalam air.

Semburan dihasilkan menggunakan teknologi nano itu berfungsi dengan hanya menyembur sedikit pada permukaan dalam dan luar telefon pintar bagi mengelakkan air daripada merosakkan komponen utamanya.

“Ia akan menyerap masuk dengan pantas dan melindungi setiap komponen termasuk pada permukaan skrin sesentuh. Pengguna tidak lagi perlu runsing jika telefon pintar mereka terjatuh ke dalam air secara tidak sengaja,” menurut kenyataan syarikat tersebut.

Ciptaan canggih HZO tersebut menggunakan teknik pelindung unik kerana ia mampu mengelakkan sebarang kerosa-kan dalam komponen telefon pintar jika ia dimasuki air.

Sementara itu, iPhone dijangka akan menggunakan pelindung kalis unik HZO tersebut menjelang tahun hadapan sebagai langkah untuk mempertingkatkan lagi kualitinya.
NEVADA – sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...