Jumaat, 25 November 2011

UMNO hina sultan

Oleh Enggang Qadha

Ketua Pemuda PAS Alor Setar, Azzam Awang mendesak UMNO Kedah terutama Ketua Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah supaya menerima keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Saya mengesa UMNO Kedah terutama Dato’ Bashah supaya menerima keputusan majlis Fatwa untuk kepentingan semua pihak atau jika beliau masih tidak berpuas hati, beliau boleh membuat report Polis.” Kata Azam.

Menurut Azam, keputusan majlis Fatwa adalah merupakan keputusan yang tertinggi dalam bidang agama.Azam berkata “ Majlis Fatwa adalah kumpulan ulamak yang dilantik oleh KDYMM Tuanku Sultan, jadi mempertikai keputusan majlis fatwa adalah seperti menghina Tuanku Sultan”.

Azam berkata demikian berkaitan laporan didalam akhbar Utusan Malaysia yang menyebut Dato’ Bashah berkata. “Madrasah itu bukan madrasah biasa tetapi berusia lebih 100 tahun dan wajar dimartabatkan bukan dirobohkan.”

Menurut Azam lagi, Majlis Fatwa sudah mengeluarkan fatwa dengan syarat, ada surau baru dibina ditingkat bawah kompleks dan menampakkan ianya sebuah surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...