Khamis, 5 Disember 2013

Pesawat Pengebom Berani Mati Tentera Jepun

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera Jepun mencipta beberapa senjata kamikaze yang digunakan untuk menyerang tentera Amerika Syarikat. Mereka mencipta bot, kapal selam dan kapal terbang. Yokosuka MXY7 Ohka ialah pesawat pengebom berani mati berkuasa jet yang digunakan pada tahun 1945 sebagai langkah drastik Jepun untuk mengalahkan Amerika Syarikat.
Ohka dipandu oleh juruterbang berani mati yang dilengkapi dengan bom sebesar 1200 kilogram. Ia juga diperkasakan dengan tiga enjin roket yang mampu memberikan Ohka kelajuan maksimum 1040 kilometer sejam ketika menjunam. Lebih dari 800 Ohka telah dibina tetapi tidak kesemuanya digunakan oleh Jepun kerana kekurangan juruterbang. Ianya juga sukar dikawal dan serangan ke atas armada Amerika Syarikat tidak dapat dilakukan secara tepat. Oleh sebab itu Ohka digelar Baka (Bodoh) oleh tentera Amerika Syarikat.



pesawat pengebom
 pesawat pengebom tentera jepun
 ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...