Adidas telah mendedahkan bola rasmi untuk 2014 FIFA World Cup Brazil dengan nama “Brazuca”.
Diispirasi oleh Brazil, bola tersebut dinamakan sempena maksud
Brazillian yang memaparkan cara hidup orang Brazil. Sejajar dengan
namanya, reka bentuk warna reben pada panelnya melambangkan tradisi
gelang hasrat berwarna-warni yang dipakai oleh orang Brazil, dan
keseronokkan bola sepak di negara itu sendiri.
Apa istimewanya tentang bola tersebut ialah ia mempunyai reka bentuk
enam panel yang yang dikatakan “revolusi” serta permukaan unik yang
dicipta dengan penemuan teknologi yang meningkatkan cengkaman, sentuhan,
kestabilan dan aerodinamik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan