Sabtu, 7 Disember 2013

Tips - Mengunyah Makanan Lebih Lama, Badan Lebih Langsing




Orang yang cenderung  mengunyah makanan lebih lama sebelum menelannya ternyata berpeluang memiliki tubuh yang langsing.  Ini kerana lebih lama mengunyah makanan, anda akan lebih menikmati rasa makanan tersebut dan secara tidak langsung tanpa disedari anda hanya mengambil sedikit makanan. 
 
 

Hasil kajian oleh para ilmuwan seperti dikutip dari web Reuters menemukan bahawa jumlah makanan yang diambil menurun apabila mengunyah lebih lama sebelum menelannya, tanpa mengira apakah orang tersebut mempunyai berat badan normal, kelebihan berat badan atau obesiti, ujar seorang pakar diet, Constance Brown-Riggs dari Academy of Nutrition and Dietetics.

Dari kajian, para ilmuwan menemukan bahawa peserta  yang meningkatkan jumlah kunyahannya 50%, mereka dapat megurangkan jumlah makanan yang dimakannya sebanyak 10% bersamaan 70 kalori.  Kajian ini telah  diterbitkan dalam Journal of the Academy of Nutrition and Dietitics.

Brown-Riggs menytakan, " Diperlukan waktu kira-kira 20 minit untuk mengirimkan signal ke otak bahawa perut sudah merasa kenyang."

Riggs mengatakan, bahawa orang yang makan dengan cepat, memakan lebih banyak makanan dalam period 20 minit akan menghasilkan lebih banyak kalori da ini akan meningkatkan peluang kelebihan berat badan atau obesiti." ujarnya.
orang muo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...