Khamis, 3 Julai 2014

Rsepi -Kuew Teow Haufan

Assalamualaikum. Sekali sekala berbuka puasa dengan Haufan sedap tau. Haufan ni sebenarnya asal dari cantonese food. Kueytiow haufan ni kalau ikut resepi betul2,bentuknya keping2 segiempat, tapi susah la nak cari kat sini, jadi Mas guna kueytiow biasa je. Sebenarnya Mas belajar dari mak Mas yang berniaga restauren dulu. Haufan ni salah satu menu yang selalu menjadi pilihan pengunjung yang datang ke situ. Meh tengok resepinya.....
 
 
 
 
 

Haufan
Resepi : MasDuniaku
Bahan A :
  • 500gm kueytiow 
  • 3 sudu besar kicap campur ( boleh lihat pada resepi kueytiow goreng )
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
  • 3 cawan stok ayam ( kalau tak ada air biasa pun boleh )
  • 1 pokok sawi
  • 12 ekor udang ( sebab udang dah habis Mas ganti dgn ayam )
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak, masukkan kueytiow ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kueytiow kelihatan sebati. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kueytiow yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.
 MasDuniaku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...