Khamis, 3 Julai 2014

Subhanaallah - Kemampuan luar biasa labah-labah

Labah-labah ialah diantara haiwan yang disebutkan di dalam AlQuran dan ada surahnya yang tersendiri iaitu Surah Al-Ankabut (Surah Labah-labah). Antara ayat yang menyebut tentang labah-labah ialah , “ Perumpamaan bagi orang-orang yang menjadikan benda-benda yang selain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharap pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya), padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling lemah ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.” (Surah Al-Ankabut - Ayat 41)
 
Labah-labah adalah antara yang paling pelbagai, pemangsa yang meluas dan berjaya dalam alam haiwan, kerana sebahagian daripada kemahiran yang serba boleh pada mereka; kaki mereka boleh menjangkau mana-mana permukaan, taring mereka penuh dengan racun menghakis dan mereka rahsiakan bahan yang sangat melekat lebih kuat daripada keluli.


Malah, boleh dikatakan kebanyakan dari kemahiran ini tidak boleh dilakukan oleh Spiderman pun.
 
10 - Mimikri (menyamar seperti) semut
Yang cukup menarik, ada beratus-ratus spesis labah-labah dan beberapa darinya adalah labah-labah yang sangat mirip semut. Beberapa arachnida menggunakan penyamaran ini untuk memburu serangga yang tidak takut semut, atau untuk melindungi diri dari predator pemangsa labah-labah. Lainnya, tentu saja mungkin memangsa semut itu sendiri, seperti serigala berbulu domba. 
9 - Raja penyamaran

Beberapa spesis bertukar warna mengikut warna subjek yang ada berdekatan dirinya, contohnya seperti Goldenrod Crab Spider ini yang bertukar menjadi warna kuning apabila duduk di atas bunga kuning.
8 - Kotoran palsu
Celaenia Excavata bukan labah-labah yang hanya menyamarkan diri sebagai segumpal kotoran burung, tapi jelas ini adalah penyamaran yang paling meyakinkan.
Tidak hanya tubuh labah-labah berwarna sama seperti kotoran burung (lengkap dengan tempat mirip benih) Namun duduk di atas sebuah "splatter" sangat meyakinkan dibuat dari suteranya sendiri. Itu penyamaran yang sempurna untuk labah-labah, kerana ia sangat tidak menggugah selera bagi labah-labah predator lain tapi nampak menggoda bagi seekor lalat.
7 - Koloni Jaring luar biasa
Kebanyakan labah-labah bersifat agresif soliter, yang mengancam haiwan lain bahkan spesis mereka sendiri jika mereka cuba merebut makanan di daerahnya. Namun beberapa spesis, sangat sosial dan dapat membina empayar labah-labah yang luar biasa, sistem web kompleks bersama ribuan labah-labah lain.
Salah satu labah-labah tersebut adalah Eduador 's Theridion nigroannulatum, labah-labah dalam kelompok besar, menggantung beratus-ratus helai sutera ke tanah. Dan jika seranggga bersaiz besar menghampiri dan terjebak ke dalam sarang besar mereka beratus-ratus bahkan beribu-ribu labah-labah akan bahu membahu membungkusnya dan melumpuhkannya untuk disimpan sebagai stok bersama. 
6 - Labah-Labah Penerbang
Labah-labah yang baru menetas dan bersaiz kecil boleh melakukan perjalanan beratus-ratus bahkan beribu-ribu batu dalam istilah yang biasa di sebut 'ballooning', jaring labah-labah khusus yang disebut 'Gossamer' dibuat agar dengan mudah diterbangkan oleh angin.
Berbentuk segi tiga piramid, jaring ini boleh berminggu-minggu berada di udara sehingga membolehkan labah-labah untuk menjelajah pulau-pulau lain yang berasingan lautan atau samudera. 
5 - Jaring tangan mini

Spesis labah-labah 'Ogre Faced' atau 'Net casting' adalah labah-labah yang menghasilkan Deinopidae, dengan bergantung terbalik dia membuat jaring kecil di antara dua kaki depannya untuk mereka gunakan menjangkau atau mengaut serangga lain yang melalui kawasannya.
Sutera khas ini bersih dan tidak melekit, tapi begitu mangsanya berusaha kabur, jaring itu terus menjerat rambut dan sendi serangga seperti velcro, yang membolehkan labah-labah untuk memerangkap serangga yang cukup besar dan kuat dengan hanya sejumlah kecil daripada sutera.
4 - Perangkap Bunga
Banyak labah-labah yang berada di taman-taman membuat sarang nipis dengan pola yang berbeza, tujuannya telah lama jadi perdebatan, Sekarang kita tahu bahawa ianya adalah jaring khas yang reflektif terhadap sinar ultra-violet yang mencipta pola-pola khusus yang digunakan oleh bunga untuk menarik serangga pendebunga. 
3 - Pesona Maut
Yang aneh lagi dari labah-labah bola atau mastophorea, yang menggunakan jerat mereka dengan cara yang berbeza dengan araknida lain, iaitu mengeluarkan jaring yang digumpalkan mirip bola lalu dihulur dengan tali ditambah umpan (mirip orang memancing).
Setiap labah-labah bola mengeluarkan feromon yang boleh menarik rama-rama jantan yang sedang mencari pasangan di musim mengawan, sehingga rama-rama jantan mendekati dan terjerat dalam umpan tersebut. 
2 - Labah-Labah Penyelam
Argyroneta aquatica adalah salah satu labah-labah sejati yang boleh ditemui di dalam air, ia mendapat nama 'Labah-labah Penyelam'. Tubuhnya yang berbulu halus adalah sebagai peranti yang membolehkan hawa terus menempel padanya ketika menyelam, sehingga labah-labah ini boleh keluar masuk air.
Jaringnya yang tersusun mirip seperti kapal selam buatan manusia, yang menjadi tempat bagi sang betina membesarkan anaknya dan mengambil mangsanya. 
1 - Labah-Labah Penembak
Hampir semua labah-labah membuat sutera dari organ yang disebut pemintal di hujung perut, dan harus mampu menyentuh sesuatu untuk membungkusnya dalam anyaman. Tidak demikian untuk genus Scytodes, labah-labah tukang meludah, yang mempunyai kelenjar sutera tambahan disambungkan ke mulut mereka. Perlahan-lahan merayap mendekati serangga lain yang tidak curiga, lalu meludah memancutkan aliran jaring yang dicampur dengan racun.
[toptenz.net]menerusi unikversiti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...