Selasa, 27 November 2012

3 Perkara Kenapa ALLAH Turunkan Bencana


ASSALAMUALAIKUM ...


Memetik kata - kata ulama besar dunia hari ini , Sheikh Dr. Yusuf Al Qardhawi dalam khutbahnya bertarikh 8 Januari 2005 , beliau mengulas kejadian Tsunami yang berlaku pada 26 Desember 2004 .

Menurut beliau , apabila berlaku perkara sebegini kita perlu melihat 3 perkara :

 
1. Hukuman kepada manusia yang Kufur kepada Allah .
Allah menrurnkan bala kepada umat manusia yang sengaja melakukan maksiat , derhaka kepada Allah , melawan agama Allah dan menafikan hukum - hakam al - Quran . Boleh jadi hukuman ini sebagai penghapus kepada dosa  - dosa yang umat Islam lakukan .

2. Satu peringatan buat yang selamat atau yang masih hidup .
Mengetahui bahawa Allah maha berkuasa atas segala - galanya . Dia boleh mematikan manusia dalam 10 saat sahaja . Tidak perlu perluru , senjata nuklear atau kepantasan teknologi kebangaan manusia . Semoga para manusia tidak sombong , angkuh dan takabbur malah tidak derhaka kepada agama dan wajib taat perintah Allah swt .

3. Ujian buat yang beriman .
Satu proses untuk meningkatkan keimanan mereka ke tahap yang lebih sempurna . Allah menguji hambanya mengikut kemampuan mereka . Apabila mereka sabar , menerima qada' dan qadar daripada Allah , darjat mereka akan diangkat oleh Allah .
 veesandii.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...