Jika ada yang masih ingat lagi kes yang
melibatkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia
dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur
Diayana Norslan yang telah pun dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000
atau penjara tidak lebih dua tahun kerana berkhalwat di sebuah hotel di
Batu Feringghi di sini, April 2011. Itu dahulu…..Sekarang?
Semakan kami menunjukkan pada senarai
pertukaran bidang tugas yang melibatkan JUSA sekarang ini, Datuk Salim
Parlan telah ditukarkan bagi menyertai Pasukan Petugas Pemantau Projek,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri….
Berita terkini mengenai kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan :
- Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman digantung kerja sejak 14 November 2012 sehingga keputusan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember 2012
- Dalam mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SPA telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan
Tidak kira apa jawatan sekalipun, baik berpangkat tinggi ataupun setakat berjawatan rendah dalam sektor awam, hukuman mestilah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang,
bukan kepada pertimbangan kasihan, pangkat atau sebaliknya. Jika tidak,
kami menjangkakan lebih banyak masalah akan timbul di masa akan datang
dalam sektor awam….
P/S : Gen Patraeus (bekas Ketua Pengarah
CIA) sudah pun letak jawatan dengan sendiri atas nama bertanggungjawab
dengan kesalahan yang telah dilakukannya, Ketua Pengarah Kesihatan pula
bagaimana? Lebih gemar nasibnya sendiri ditentukan oleh pihak SPA?
beritasemasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan