Isnin, 26 November 2012

4 Jenis Manusia Dan Harta


 




MANUSIA VS HARTA,
Ada 4 Kategori:

1. Memperolehinya dengan cara haram dan digunakan untuk perkara yang haram, orang ini akan diseret ke neraka.

2. Memperolehinya dengan cara halal dan digunakan untuk perkara yang haram, orang ini akan diseret ke neraka.

3. Memperolehinya dengan cara haram dan digunakan untuk perkara yang halal, orang ini akan diseret ke neraka.

4. Memperolehnya dengan cara halal dan digunakan untuk perkara yang halal, orang ini akan diberhentikan untuk dihisab.

Wahai saudaraku muslim, engkau termasuk golongan yang mana? Ketahuilah golonganmu! Jadikanlah hartamu untuk mendapat keredhaan Ilahi, gunakanlah untuk perkara yang halal dan bermanfaat.

Keluarkan hartamu untuk sedekah, membantu orang yang memerlukan, memberi nafkah anak dan isteri, untuk membantu menyebarkan ilmu, membantu anak yatim dan fakir miskin.

Jangan jadikan hartamu untuk hal yang buruk, haram dan kesenangan dunia dan untuk menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah.

Sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kita, untuk apa harta kita digunakan.
Wallahualam
ISuhangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...