Sabtu, 24 November 2012

Pekeliling Bonus Kakitangan Awam Bayaran Kali Kedua 2012

ddd
Kerajaan telah membuat keputusan supaya Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi kali kedua tahun 2012 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan bagi mengenang budi dan menghargai sokongan serta komitmen mereka dalam mencapai matlamat pembangunan negara.





Kadar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi bagi keseluruhan tahun 2012 yang ditetapkan adalah sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM1,500.00 termasuk bayaran setengah bulan gaji yang telah dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2012.

Bonus 2012 dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala Bayaran Khas Prestasi dibayar kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Pekeliling rasmi mengenai bayaran bonus 2012 tersebut telah dikeluarkan di laman web JPA. Sesiapa yang layak dan kaedah pembayaran bonus 2012 boleh dibaca dalam pekelilng tersebut.Klik pautan Di Bawah untuk baca sendiri Pekeliling bayaran bonus untuk kakitangan awam buat kali kedua disember 2012.

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2012

 .nescafeais.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...