Isnin, 26 November 2012

Israel Menangis Kerana Hamas

Serangan Israel ke atas rakyat Palestin akhirnya berakhir dengan gencatan senjata yang terpaksa dimulakan daripada pihak Israel sendiri..Walaubagaimana pun, tiada jaminan setakat mana gencatan senjata ini mampu menyelesaikan konflik antara kedua belah pihak..Nak tahu kenapa pihak Israel terpaksa memohon untuk diadakan gencatan senjata dengan pihak Palestin, meh baca kat bawah ni..


 



Fakta:

1: Roket al Qassam menemui sasaran strategiknya sehingga ke Tel Aviv dan Jerusalem (74 km) sedangkan kemampuan roket ini hanya 40-50 km pada tahun 2009. 

2: Ben Gurion International Airport terpaksa memberhentikan operasinya selama beberapa hari disebabkan roket al Qassam 

3: Roket juga telah memaksa warga penjajah Israel tinggal di bawah tanah dengan ketakutan selama 8 hari dan operasi kerja harian kerajaan dan swasta dibatalkan sepanjang 8 hari yang lalu. 

4: Buat kali pertama, roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan jet pejuang F16 bersama 2 juruterbangnya ke perairan Gaza. Ini adalah kali pertama dalam sejarah perang Israel. 

5: Roket al Qassam juga berjaya menjatuhkan helikopter Apache, Drone dan berjaya mensasarkan kapal perang Israel sebagai destinasi roket ini. 

6: Unit R & D IDF telah mendapati bahawa roket al Qassam yang sampai ke Tel Aviv adalah buatan tempatan (bukan dari Iran dsb). Ini membuktikan kemampuan unit R & D al Qassam mengeluarkan roket mereka sendiri. 

7: Iron-Dome yang merupakan sistem penangkis peluru berpandu yang tercanggih Israel (dengan bantuan US) hanya berjaya menangkis 20-25 % daripada lebih 1400 roket al Qassam yang sampai ke Israel. 

8: Israel terpaksa menggesa gencatan senjata terlebih awal meskipun Briged al Qassam baru menggunakan kira-kira 15 % daripada keseluruhan roket yang dipersiapkan kali ini. 

9: Keterlibatan Mesir dan Turki yang memberikan sokongan secara terbuka kepada Palestin amat menakutkan Israel meskipun mereka belum memberikan sokongan ketenteraan kepada Palestin. Apatah lagi sekiranya negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain turut memberikan sokongan kepada mereka.


 

 Reaksi muka yang ditunjukkan oleh pemimpin Israel ketika pengumuman bagi menjelaskan keputusan gencatan senjata. Agak-agak apa lah yang sedang difikirkan mereka ini? Hehehe..

 Sumber: NaimNikmat/drysheet

p/s: Baru korang tahu tinggi langit rendahnya tanah-pamah ni..Hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...