Khasiat Zaitun
Nabi
s.a.w. telah berpesan agar kita menggunakan zaitun sebagai minyak. Untuk
pertama kalinya dalam sejarah, ada 16 pakar kedoktoran paling tersohor di dunia
berkumpul di Rome pada tanggal 21 April 1997 M, untuk menerbitkan beberapa
pengarahan dan keputusan bersama tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut
Putih Tengah”.
Dalam
pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahwa penggunaan minyak zaitun dapat
memberikan perlindungan tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan
kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesiti, di
samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis
kanser.
Berbagai
kajian membuktikan adanya fakta yang tidak boleh dinafikan keraguan lagi,
bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol
berbahaya, tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.
Minyak Zaitun Mengurangi Risiko Terjadinya Penyumbatan
(Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah
Dalam
sebuah kajian yang diterbitkan pada bulan Disember tahun 1999 M di majalah,
para peneliti menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun akan
dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya
pembekuan darah, dan seterusnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi
jantung.
Satu
kajian yang dijalankan di Sepanyol baru-baru ini menunjukkan bahawa minyak dara
zaitun asli dapat membantu mencegah dan merawat radang perut yang disebabkan
oleh bakteria (H-PYLAR) yang sering mengakibatkan jutaan kes ulser peptik.
Baru-baru
ini juga, satu kajian awal menunjukkan bahawa anti-oksida dalam minyak zaitun
mungkin mempunyai tindakbalas ke atas serangan bakteria di lapisan perut. Ia
juga boleh digunakan pada rambut bagi melambatkan uban, berkesan bagi melegakan
sakit sendi dan membunuh cacing dalam perut.
Dari
Sudut Saintifik :
Dunia
moden pada hari ini, melalui kajian-kajian sains, tidak dinafikan banyak yang
mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun adalah antara minyak yang
bernilai tinggi dalam bidang kesihatan. Selain minyak zaitun bertindak sebagai
penambah zat makanan, ia juga bertindak mencuci dan membaik pulih perut dan
penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami
kegagalan fungsi buah pinggang.
Dari
sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak
tepu yang dikelaskan sebagai "monounsaturated" yang mampu merendahkan
kolesterol berbahaya dalam darah. Satu kajian yang dijalankan oleh pakar
kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford, mengkaji perkaitan
antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan
pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur-sayuran,
mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak
zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology
(Januari 2005), pakar-pakar sains mendapati diet Mediterranean yang kaya dengan
minyak zaitun boleh mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara
kerana kandungan oleic acid yang terdapat di dalamnya.
Cadangan penggunaan :
·
Campurkan
satu sudu minyak zaitun pada masakan seperti nasi atau salad untuk menapis
gejala kurang sihat.
·
Ia
juga dapat melembabkan kulit muka, jika dicampurkan dengan yogurt tanpa lemak
dan diletakkan pada muka selama 15 minit.
·
Minyak
zaitun juga boleh diambil sebagai sapuan luaran, selain bertindak sebagai
pelicin, ia sebagai pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis.
·
Dengan
menggunakan minyak zaitun setiap hari, rambut dan kulit bersinar.
·
Kegunaan untuk tubuh adalah lazimnya disapu
setiap kali selepas mandi pada permukaan tubuh. Minyak zaitun mudah meresap,
sehingga tidak perlu bimbang ia melekit.
·
Jus
zaitun yang dicampur garam boleh menguatkan gusi.
·
Daunnya
boleh meredakan dan merawat demam, kesemutan, kudis dan mencegah peluh
berlebihan.
·
Minyak
zaitun juga boleh digunakan sebagai minyak masak. Walaupun banyak berpendapat
mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun
tidak sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak sawit, namun ia
ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan.
Dari
sudut Agama :
Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun yang mafhumnya, "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Allah s.w.t menyebut dalam beberapa ayat mengenai buah zaitun, iaitu dalam surah al-Tiin:
"Demi buah tin dan zaitun," dan dalam surah an-Nur ayat 35, disebut mengenai minyak zaitun yang penuh berkat, yang mana para ulama memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun yang mafhumnya, "Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang berkat (atau banyak manfaatnya iaitu) pokok zaitun."
Demikianlah, buah zaitun disebut dalam
al-Quran yang tentunya mempunyai keistimewaan tersendiri. Dalam al-Quran, buah
zaitun disebut sebanyak 7 kali; dua kali disebut zaitun bersendirian, lima kali
disebut berserta dengan buah-buahan lain, antaranya tamar, delima, anggur dan
buah tin. Ini menunjukkan tentu ada banyak kelebihan atau khasiat buah zaitun
yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun, nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
yang Allah s.w.t kurniakan, bagi faedah dan kebaikan kepada manusia. Buah zaitun, nama botaninya disebut olea europea banyak ditanam di kawasan Mediterranean dan tempat pernanamannya yang utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.Minyak zaitun atau olive oil adalah hasil perahan daripada buah zaitun.
حديث مرفوع... حَدِيثٌ : " كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مُبَارَكٌ " ، أحمد والترمذي وابن ماجه عن عمر ، وابن ماجه فقط عن أبي هريرة ، وصححه الحاكم على شرطهما ، وفي لفظ : فإنه من شجرة مباركة ، وفي الباب عن جماعة .
Dalam
kitab Sunan al-Tarmizi dan Ibnu Majah, terdapat sebuah hadith daripada Abdullah
bin Umar yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah kamu
minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun
dibuat daripada pohon yang penuh berkat."
Begitu
juga hadith riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Umar,
Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah minyak zaitun sebagai lauk sekaligus
minyak rambut kerana ia berasal dari pohon yang diberkati.
Minyak zaitun bersifat lembap pada peringkat
pertama. Justeru, ada yang mengatakan ia bersifat kering adalah tidak benar.
Teksturnya bergantung pada kandungan minyaknya. Minyak yang dihasilkan daripada
buah zaitun yang sudah masak adalah yang paling elok dan paling stabil.
Manakala yang dihasilkan daripada buah yang mentah pula cenderung bersifat
sejuk dan kering. Minyak yang dihasilkan daripada buah zaitun merah mempunyai
kualiti sederhana. Minyak yang diperbuat daripada buah zaitun yang berwarna
hitam mampu memberikan kehangatan sekaligus kelembapan
dengan stabil. Minyak zaitun mengandungi vitamin E dan vitamin K yang baik
untuk kesihatan kulit terutamanya untuk rawatan kecantikan wanita. Jika diperah
dengan campuran air, panasnya berkurang, lebih lembut, dan lebih berkhasiat
Minyak
masak selain yang berasaskan zaitun jika digunakan berulang kali menyebabkan
jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan.
Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan
berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh
digunakan berulang kali dan tidak mengalami proses pengoksidaan serta tidak
akan berubah dari segi warna dan bau. Melihat
pada keadaan dan tahap kesihatan umum terkini, penyakit jantung yang dikatakan
sebagai pembunuh secara senyap boleh dikurangkan. Pengambilan minyak zaitun
boleh mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan phenol. Bahan ini
mempunyai bahan antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah proses radang dan
pembekuan darah.
Abu
Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Ambillah minyak zaitun
dan sapu ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan
juga juzam (kusta)."
Menurut
al-Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda, "Makanlah minyak zaitun,
dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati."
Justeru,
khasiat buah zaitun merupakan anugerah Allah yang amat bernilai untuk
dimanfaatkan kerana bukan sahaja ia disebut dalam Al-Quran malah pakar-pakar
sains juga mengiktiraf keistimewaannya.
k-pmmm.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan