"Tiada siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini." -JUWAIRIYAH
Wanita
yang paling bertuah di dunia ini ialah wanita yang menjadi isteri
Rasulullah. Kerana bila seorang wanita itu berkahwin dengan Rasulullah
maka dengan sendirinya Allah mengangkat darjat wanita tersebut. Sesiapa
pun tidak boleh menandingi darjat itu sekalipun wanita solehah yang
ibadahnya hebat, puasanya setiap hari, zikirnya banyak, akhlaknya cantik
dan lain-lain ibadah yang termampu dilakukannya.
Darjat
Ummul Mukminin atau “Ibu orang-orang beriman” adalah darjat tertinggi
dari Allah yang diberikan hanya kepada wanita yang bergelar isteri
Rasulullah. Sudah selayaknya darjat itu diberikan kerana hanya wanita
itu saja dapat bergaul, berhubung mesra seterusnya mengurus segala
keperluan yang dihajati oleh Rasulullah. Rasulullah adalah insan yang
paling sempurna dan sangat Allah cintai hingga kerana itu Allah SWT ada
berfirman dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan dunia ini melainkan kerana Muhammad.”
Bila
menjadi isteri Rasulullah bermakna sanggup menghadapi berbagai
kemungkinan. Dia juga terpaksa berkongsi apa saja yang dihadapi oleh
Rasulullah sama ada kesusahan, penderitaan dan kata nista. Kerana
Rasulutlah adalah seorang pejuang dan perjuangannya itu memerlukan
pengorbanan yang besar. Itulah yang terpaksa dihadapi oleh kesemua
isteri-isteri Rasulullah.
Mari
kita menyingkap kisah salah seorang daripada isteri Rasulullah. Kalau
dulunya (sebelum berkahwin dengan Rasulullah) adalah seorang yang sangat
anti dengan Rasulullah dan perjuangan baginda menegakkan kalimah Allah
di muka bumi ini, tetapi bila Allah menghendaki dengan mudah saja Allah
boleh memutarkan hatinya dan akhirnya dia adalah salah seorang yang
sangat-sangat mencintai baginda dan mencintai perjuangan baginda. Dia
sanggup mengorbankan segala kemewahan dan keseronokan hidup demi
cintanya pada baginda.
Juwairiyah.
Begitulah indah namanya, sebagaimana cantiknya akhlak dan peribadinya.
Rasulullah memberikan nama tersebut sebaik saja baginda mengahwininya.
Sebelum ini nama beliau ialah Barrah binti Al Harris Ad Dirar,
keluarganya berketurunan Yahudi iaitu dari Kabilah Bani Al Mustaliq.
Ayahnya adalah pemimpin puak tersebut yang mana beliau juga sangat
memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah sendiri. Tapi akhirnya ayah dan
seluruh kaumnya semua memeluk Islam iaitu berkat perkahwinan Juwairiyah
dengan Rasulullah. Inilah hikmahnya perkahwinan Rasulullah, Rasulullah
tidak akan sekali-kali menikahi dengan seseorang melainkan ada strategi
perjuangan di sebalik perkahwinan itu, walaupun sebenarnya juwairiyah
adalah seorang janda.
Kisahnya
bermula begini. Selepas berlakunya peperangan Khandaq yang mana setelah
Rasulullah bermesyuarat bersama pihak Yahudi untuk bertahan di dalam
kota Madinah untuk menentang musuh dari kafir Quraisy, di saat-saat
akhir pihak Yahudi itu telah memungkiri janji. Kesan dari itu Rasulullah
tidak lagi memberi peluang kepada kaum Yahudi itu dan akhirnya
peperangan berlaku antara pihak Muslimin dengan kaum Yahudi Bani
Mustaliq itu. Pihak Yahudi yang belot itu akhirnya kalah teruk, ramai di
antara tentera mereka yang mati termasuklah suami Juwairiyah dan
Juwairiyah sendiri menjadi tawanan perang. Beliau menjadi tawanan perang
kepada seorang sahabat Rasulullah bernama Sabit bin Qias. Begitulah
juga tawanan yang lain telah pun diagih-agihkan menjadi tawanan kepada
umat Islam termasuklah harta ghanimah (harta rampasan perang).
Menyedari
yang dirinya telah jatuh ke tangan musuhnya, maka Barrah (Juwairiyah)
mengambil keputusan untuk menebus dirinya. Sabit bin Qais telah
mengenakan tebusan yang tinggi kerana dia tahu Barrah adalah seorang
puteri kepada orang yang ternama dan terkaya di kalangan kaumnya. Maka
sudah tentu ayahnya tidak keberatan membayar berapa saja untuk
menyelamatkan anaknya. Oleh kerana Sabit mengenakan tebusan yang terlalu
tinggi, Barrah bimbang permintaan itu akan membawa akibat yang
melampaui batas, ialu Barrah mengambii keputusan untuk berjumpa dengan
Rasulullah sendiri untuk menyetesaikan masalahnya. Ketika itu Rasulullah
berada di rumah Siti Aisyah. Apabila berhadapan dengan Rasulullah,
beliau pun mengajukan masalahnya.
“Ya
Rasulullah, saya adalah Barrah binti Al Harris bin Dirar, anak kepada
penghulu kaumku.Tujuan kedatangan saya ini, sebagaimana tuan ketahui
iaitu saya menjadi bahagian Sabit bin Qais. Tetapi saya telah diberinya
kesempatan untuk menebus diri saya dengan bayaran sebanyak 9 uqiyyah (1
uqiyyah bersamaan 1 setengah tahil emas). Sekarang saya datang kepada
tuan dan bermohon agar tuan membantu saya dalam hal ini agar dengan itu
saya dapat melepaskan diri saya (dari perhambaan) ini,” katanya
bersungguh-sungguh.
Rasulullah
diam seketika. Baginda mengamat-amati ucapan Barrah itu, sambil baginda
berfikir. Barrah, puteri pemimpin Bani Mustaliq itu juga diam bila
lihat Rasulullah SAW menundukkan kepalanya. Apa yang difikir dan
disedihkan oleh baginda. Hati Barrah tertanya-tanya.
Sebentar
kemudian Rasulullah mengangkat kepalanya dan memandang kepada Barrah
yang sedang diam membatu di hadapan baginda. Rasulullah dengan nada
lembut berkata, “Adakah mahu bagimu yang lebih baik daripada yang kamu
minta itu?” tanya Rasulullah SAW.
“Apalah lagi ya Rasulullah,” Barrah lantas bertanya.
“Begini,”
ujar Rasulullah, “Biarlah aku bayarkan tebusan dirimu yang diwajibkan
oleh Sabit bin Qais, kemudian aku mengahwini engkau,” Rasulullah
berterus-terang.
Mengakhiri ucapan Rasulullah SAW itu spontan Barrah menjawab, “Baiklah, ya Rasulullah. Saya setuju.”
Rasuluilah
menepati janjinya. Baginda membayar wang tebusan sebanyak yang dipinta
oleh Sabit dan mengahwini Barrah. Kini, Barrah bukan lagi seorang hamba,
tetapi darjatnya telah naik ke taraf Ummul Mukminin. Sejak itu namanya
ditukar oleh Rasulullah kepada Juwairiyah.
Rasulullah SAW bersabda: Dunia adalah sebaik-baik tempat dan sebaik-baik tempat di dalam dunia adalah wanita yang solehah.
Berita
perkahwinan Rasulullah SAW dengan Juwairiyah cepat tersebar kepada
umum. Tidak ada seorang pun tidak tahu tentang perkahwinan itu. Ada yang
dengar dengan perasaan gembira dan bersyukur dan ada mendengarnya
dengan perasaan berbuku di hati dan dendam. Walau apa keadaan sekalipun
ragam masyarakat mendengarkan berita itu, namun Allah SWT jua mengetahui
dan tetap mengurniakan nikmat yang besar kepada perkahwinan Juwairiyah
dengan Rasulullah itu. Masakan Juwairiyah tidak gembira berkahwin dengan
seorang pemimpin umat yang dikasihi oleh Allah SWT. Kaum Muslimin yang
ada menawan keturunan Bani Mustaliq sebagai hamba sahaya apabila
mendengarkan berita itu, lantas mereka berkata, “Tidak layaklah kiranya
biras atau ipar-ipar Rasulullah SAW dijadikan hamba sahaya.”
Lantaran
itu para sahabat yang memiliki bekas tawanan perang Bani Mustaliq yang
dijadikan sebagai hamba, memerdekakan hamba-hamba mereka tanpa wang
tebusan. Inilah keberkatan yang Allah SWT limpahkan kepada Juwairiyah
kerana perkahwinannya dengan Rasulullah SAW.
Khabar
gembira ini disambut oleh kaum Bani Mustaliq dengan penuh kesyukuran.
Dalam hal ini pemah Sayidatina Aisyah, Ummul Mukminin berbicara dengan
katanya, “Sungguh telah dimerdekakan dengan sebab perkahwinan itu,
seratus keluarga kaum Bani Mustaliq. Maka tidak pernah kuketahui seorang
wanita yang banyak berkatnya atas kaumnya, lebih daripada Juwairiyah.”
Kerana
itu jugalah ayahanda Juwairiyah iaitu Al-Haris bin Abi Dirar memeluk
Islam di hadapan Rasulullah SAW. Dan ada di kalangan mereka tidak mahu
kembali ke desa dan kaum mereka tapi lebih suka tinggal di Madinah saja
bersama Rasulullah SAW.
Begitulah besarnya berkat perkahwinan Juwairiyah dengan Rasulullah SAW.
Sejak
perkahwinannya, Juwairiyah tidak ke mana-mana, dia lebih suka menetap
di rumah yang disediakan oleh Rasulullah SAW di sisi masjid Madinah. Dia
juga seorang yang mempunyai paras wajah yang menawan dan ini juga
menimbulkan perasaan cemburu pada isteri-isteri Rasululah SAW yang lain.
Sikap cemburu itu hanya dapat dilihat dengan kerdipan mata antara satu
sama lain, mengata-ngata di antara mereka, dan ada juga yang menyatakan
rasa cemburunya itu dengan sikap dan kata-kata. Hal itu menimbulkan
perasaan tidak senang di hati Juwairiyah dan segera diadukannya kepada
baginda Rasulullah SAW.
“Wahai
Rasulullah, isteri-isterimu yang lain terasa bangga dan lebih mulia
daripadaku. Apalagi mereka mengatakan bahawa saya tidak tuan kahwini
(maksudnya hanya sebagai hamba sahaya Rasulullah saja),” katanya.
Bila
mendengar aduan itu, Rasulullah SAW tidak senang duduk melihat ragam
isteri-isterinya. Yang lebih Baginda tersinggung biIa mengatakan
Juwairiyah hanya sebagai hamba sahayanya.
Rasulullah
SAW berkata, “Wahai Juwairiyah! Bukankah aku telah memberimu mahar yang
mahal yang telah memerdekakan empat puluh orang daripada kaummu.”
Ucapan
itu membuatkan hati Juwairiyah gembira, tidak jadi memberontak. Dia
dapat menenteramkan hatinya dan membuat kebaikan terhadap isteri-isteri
Rasulullah yang lainnya. Itulah sifat yang ada pada diri isteri yang
barakah ini setelah diberi penawar oleh Rasulullah SAW.
Setelah
Rasulullah SAW wafat, Juwairiyah tetap teguh imannya dan semakin hampir
dia di sisi Allah SWT. Baki usianya yang sedikit itu sejak kewafatan
Rasulullah SAW telah dihabiskannya untuk berdamping dengan Allah SWT.
“Tiada
siapa lagi yang aku cintai selepas Rasulullah hanya Allah jua yang akan
mematikan aku bila-bila masa saja. Dan aku kini menanti kehadiranMu
untuk membawa aku bersama ke alam yang lebih indah ini,” Itulah bisikan
hati Juwairiyah dalam menghabiskan hidupnya beribadah kepada Allah SWT.
Juwairiyah
juga seorang perawi hadis selain daripada Aisyah Ummul Mukminin,
terutama yang berhubung rapat dengan masalah hukum syariat. Di antara
beberapa masalah yang diriwayatkannya dari Rasulullah iaitu: “Pernah
Rasulullah masuk ke rumahku dan didapatinya aku sedang berpuasa ( puasa
sunat). Kemudian Rasulullah bertanya kepadaku: “Adalah kelmarin engkau
berpuasa?”
“Tidak,” jawabku. Kemudian Rasulullah bertanya lagi: “Apakah esok nanti engkau mahu berpuasa?”
“Tidak,” jawabku lagi. Lantas Rasulullah bersabda: “Kalau demikian berbukalah!”
Pada
suatu masa yang lain Rasulullah datang ke rumahku, lalu bertanya
kepadaku, “Apakah engkau punyai makanan?” Aku menjawab, “Tidak ada ya
Rasulullah! Kecuali tulang kambing yang diberikan menantumu yang berasal
dari sedekah.” Beliau bersabda, “Hidangkanlah kepadaku, kerana hukum
sedekah telah hilang dan ia menjadi halal bagi kita.”
Dengan
demikian jelaslah sudah bagi kita kedudukan Juwairiyah selaku Ummul
Mukminin bukan saja menjadi ibu segala orang yang beriman, kuat
ibadahnya kepada Allah dan guru kepada masyarakatnya selama kepergian
Rasulullah SAW, tetapi dia juga muncul sebagai seorang perawi hadis yang
luas pengetahuannya.
mselim3.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan