Mungkin rejim Israel merasakan mereka
telah berjaya mencapai matlamat apabila terbunuhnya pemimpin sayap
tentera Hamas, Briged al-Qassam iaitu Ahmed Jabari pada 14 November
2012. Namun, hakikatnya mereka belum lagi berjaya kerana sejarah
mencatatkan pemimpin Hamas sering diganti dengan mereka yang mempunyai
hati yang cekal dan sanggup syahid kerana agama.
Berdekad-dekad sudah, Israel laknat
sering mensasarkan pemimpin utama Hamas sebagai tindakan balas dendam
dan merendahkan moral mujahiddin Islam Palestin. Namun, ia sedikit pun
tidak menjejaskan para mujahiddin daripada segi fizikal dan rohani.
Pertolongan Allah swt adalah
segala-galanya. Siapa sangka, berpuluh ribu roket dan serangan udara
dilancarkan oleh Israel ke Gaza saban hari dan membunuh beribu rakyat
Palestin di Gaza, dunia mencatatkan statistik kelahiran di Gaza adalah
ketujuh tertinggi di dunia dengan kadar peratusan 3.2% setiap tahun. Apa
yang lebih menarik, Gaza adalah wilayah paling bergolak dan mencatatkan
kematian antara paling banyak di dunia berbanding enam negara yang
berada di atasnya
1) Asy Syahid Ir Imad Aqal,
syahid pada 24 hb November 1993, seorang yang genius dan antara
perintis penciptaan bom dan roket untuk kegunaan Mujahiddin Palestin.
2) Asy Syahid Syeikh Ahmad Yaasin, syahid pada 22 hb Mac 2004, seorang pengasas Hamas dan seorang yang sangat alim dan warak.
3) Asy Syahid Ir Yahya Ayyash, syahid pada 5 hb Januari 1996, seorang jurutera yang digelar oleh pengganas Israel sebagai ‘the engineer’. Mempelopori taktik serangan bom syahid atau ‘suicide bomber‘.
4) Asy Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi, syahid pada 17
hb April 2004, seorang pemimpin Hamas yang disayangi rakyat. Dilantik
selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin oleh pengganas Israel. Tidak lama
selepas perlantikan, beliau menemui sang pencipta akibat serangan bunuh
tentera laknat Israel.
5) Asy Syahid Dr Said Syiam, syahid pada 15 Januari
2009, seorang pemimpin tertinggi Hamas selepas pembunuhan Sheikh Ahmad
Yaasin dan Abdul Aziz Rantisi. Antara tiga pemimpin yang dikatakan akan
mengetuai Hamas. Menubuhkan angkatan tentera yang dikenali The Executive Forceyang dianggap angkatan tentera elit di Gaza.
6) Asy Syahid Al-Qaid, Ahmad Al-Jabari, syahid pada 14
November 2012, seorang pemimpin sayap tentera parti Hamas, Briged
Al-Qassam. Pemimpin tertinggi yang paling terbaru menjadi mangsa
serangan bunuh pengganas Israel. Pernah menggemparkan dunia apabila
mencabar rejim Israel menyerahkan 1,067 banduan Palestin untuk
ditukarkan dengan askar muda Israel yang diculiknya.
takusahrisaublogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan