Khamis, 22 November 2012

Sejarah Tersembunyi Para Pemimpin Di Dunia

1. Kublai Khan


Tentu anda semua kenal dengan Kublai Khan. Yup, maharaja Mongol yang sangat kejam dan ekspansif ini ternyata mempunyai sisi toleransi yang sangat tinggi. Percaya tidak, Kublai Khan adalah tokoh pemimpin dunia pertama yang menyatakan bahawa hari-hari besar agama Buddha, Kristian, Yahudi, dan Islam dijadikan sebagai hari cuti rasmi kenegaraan. Asal tahu saja, Kublai Khan adalah cucu dari Genghis Khan yang sangat legenda itu yang mempunyai kuasa yang merentang dari sempadan Eropah, Timur Tengah, hingga hampir seluruh Asia Timur pada abad ke-13. Dengan kata lain, hari cuti rasmi kenegaraan pada tiap hari besar agama di dunia memang membolehkan untuk dilakukan oleh Kublai Khan kerana luasnya wilayah kekuasaannya.









2. Galileo Galilei



Dia memang manusia yang kurang beruntung selama hidupnya. Bahkan setelah mati sekalipun, Galileo tetap menghadapi kesulitan. Setelah pandangan-pandangan ilmiahnya soal tata surya membuat dirinya berurusan dengan pihak gereja, kematiannya pun dirundung masalah. Saat kematiannya pada tahun 1642, jasadnya tidak langsung ditanam, tapi tetap disimpan hingga tahun 1737, kira-kira hampir seabad. Tak cukup hanya itu, sebelum dikubur di Gereja Santa Croce, Florence, Itali, seorang bangsawan sanggup memotong tiga jari Galileo sebagai kenang-kenangan. Dua daripada jari itu kemudian dimiliki oleh seorang doktor Itali, dan jari ketiga-sepotong jari tengah-saat ini berada di Muzium Sejarah Ilmu Pengetahuan di Florence, Itali, dipamerkan menunjuk ke langit di atas tiang marmar.

3. Abraham Lincoln


Siapakah dia? Tahun 1831 dia mengalami kebangkrutan dalam usahanya. Tahun 1832 dia menderita kekalahan dalam pemilihan peringkat tempatan. Tahun 1833 dia kembali muflis (kasian banget ya ..). Tahun 1835 isterinya meninggal dunia. Tahun 1836 dia menderita tekanan mental yang sangat berat dan hampir saja masuk rumah sakit jiwa. Tahun 1837, dia kalah dalam suatu pertandingan pidato. Tahun 1840, ia gagal dalam pemilihan anggota senat AS. Tahun 1842, dia menderita kekalahan untuk duduk di dalam kongres AS. Tahun 1848 ia kalah lagi di kongres. Tahun 1855, lagi-lagi gagal di senat. Tahun 1856 ia kalah dalam pemilihan untuk menduduki kerusi wakil presiden. Tahun 1858 ia kalah lagi di senat. Tahun 1860 akhirnya dia menjadi presiden Amerika Syarikat. Siapakah dia? Dialah Abraham Lincoln. Intinya adalah jangan pernah menyerah dengan pelbagai kegagalan yang pernah dialami, bahkan seberat apapun cubaan itu. Cuba dan cuba lagi!

4. Johannes Brahms


Kalau ada yang mengatakan bahawa seorang yang bergelut di bidang seni mempunyai perasaan yang halus, maka cubalah baca fakta berikut ini. Johannes Brahms (1833-1897), komposer besar Jerman, adalah salah seorang yang sangat membenci binatang. Di kala santai atau sedang mencari inspirasi, komposer ini sering pergi ke loteng rumahnya dan mempersiapkan busur dan anak panah. Di sana hampir setiap waktu ia memanah kucing-kucing milik jirannya. Kebiasaan buruk ini terus dilakukan hingga sepanjang hidupnya!

5. Napoleon Bonaparte


Napoleon Bonaparte, saat berperang di Timur Tengah tahun 1799 bermaksud melepaskan 1200 tentera Turki yang berjaya ditawan Perancis, ketika Perancis berjaya merebut Jaffa. Saat itu Napoleon sedang diserang influenza. Saat menginspeksi pasukan, Napoleon diserang batuk berat sehingga ia mengatakan Ma sacre toux (Batuk sialan). Perwira pendamping Napoleon merasa sang jeneral mengatakan Massacrez Tous (Bunuh semua). Akibatnya, seluruh 1200 orang tawanan Turki itu dibunuh. Hanya kerana batuk sang jeneral dan telinga pegawai yang error!

6. Wilhelm Steinitz



Di masa jayanya, Wilhelm Steinitz adalah salah satu pemain catur paling cemerlang di dunia. Namun apabila semakin tua, ia secara perlahan-lahan dijangkiti kegilaan, dan sering merasa bahawa ia boleh menelefon seseorang tanpa menggunakan telefon, ataupun bermain catur tanpa menyentuh bidak. Puncak kegilaannya terjadi apabila Steinitz mengumumkan kepada masyarakat luas bahawa ia hendak mencabar Tuhan untuk bermain catur. Lebih parah lagi, ia menawarkan fur satu bidak dalam pertandingan ini!
boynordinblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...