Menurut maklumat daripada sumber
automotif tempatan baru-baru ini, Mitsubishi Malaysia dikatakan bakal
melancarkan kenderaan eletrik Mitsubishi i-MiEV di pasaran tempatan
dalam majlis yang akan diadakan dalam bulan Disember depan.
Dengan pelancaran itu, Mitsubishi i-MiEV
akan menjadi model kenderaan eletrik pertama yang dijual secara
komersial di pasaran Malaysia, dengan jangkaan ianya bakal diikuti oleh
sebuah lagi model eletrik dalam masa terdekat selepas itu, Nissan LEAF.
Untuk makluman, Mitsubishi Malaysia
sebelum ini telah mendaftarkan unit pertama i-MiEV di Malaysia dengan
nombor pendaftaran WVY 159 . Setakat ini masih belum ada maklumat tepat berkenaan harga yang akan ditawarkan untuk i-MiEV.
arenakerata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan