Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir sekarang?
Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan Sultan/Raja &
kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia benar-benar ikhlas dan
prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat kosmetik di mata rakyat
Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan rakyat dan membantu rakyat
dikala mereka hidup dalam kesusahan.
Bukan hanya…..gah
semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar sahaja
untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan sebenarnya….
Kalau
dilihat ada kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan
berkawan dengan kawan-kawan daripada negara orang putih sana.
Terpulang…..tetapi jangan memalukan diri sendiri apabila anda dilihat
lebih “Mat Saleh” dengan kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang
ini. Sehingga orang bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style..
Dahulu….
sebenarnya malu apabila berpelukan antara lelaki dan perempuan
dikhalayak ramai… kini ianya menjadi kebanggaan kerana ianya merupakan
sesuatu yang lumrah dikala ini..Dahulu malu apabila diketahui kelakukan
minum arak diketahui kerana bukan lumrah, tetapi kini tidak lagi…ramai
lelaki perempuan yang seperti berbangga meminum arak dan khalayak ramai.
Raja Muda Selangor & Sultan Selangor
Ya…..ini adalah anakanda Sultan Selangor sekarang. Sudah besar panjang Raja Muda Selangor, Tengku Amir
ini sekarang ini. Tetapi sayangnya perangai tidak semenggah. Sebenarnya
ada banyak lagi yang gambar yang memalukan diri sendiri (tapi kami
tidak sanggup untuk letakkan di sini) sedangkan ayahandanya merupakan
seorang Ketua Agama Islam Negeri Selangor, Sultan Selangor Sultan
Sharafuddin Idris Shah.
Malangnya, kami tidak tahu apa silapnya sehingga terbabas begini…..Gambar Raja MuDa Selangor, Tengku Amir Berparti, Bersosial + Arak?
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Party, party, party! Tidak lengkap rasa darah mudanya tanpa berparti & bersosial + arak
Ketika Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air kencing syaitan
Bercuti di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air kencing syaitan tetap tidak boleh lupa
Walaubagaimanapun, semoga dibukakan hati kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia termasuklah Raja Muda Selangor, Tengku Amir,
yang mungkin ada sesetengahnya masih lagi “terbuai” dan “hanyut” dengan
kemewahan duniawi dan diberikan hidayah oleh Alllah SWT untuk terlibat
dalam aktiviti-aktiviti yang Islamik.
Contohi
Sultan Kelantan yang ada sekarang….contoh terbaik daripada kalangan
Ketua Agama di setiap negeri di Malaysia. Contohi
keperibadiannya…..barulah rakyat lebih sayang dan kasih kepada pemimpin.
Kepada barisan mufti yang dilantik,
jalankan tugas anda jika belum dilaksanakan. Tegurlah sebelum terus
hanyut dibuat keseronokan duniawi. Jangan hanya menjalankan tugas atas
dasar terpilih sahaja. Amanah yang diberikan lakukanlah dengan
sebaiknya. Nasihat dari ahli agama kadang-kadang amat diperlukan supaya
mereka yang bakal pegang takhta ni berada dalam landasan yang sebenar
kelak.
P/S : Apabila rakyat tegur secara baik, tandanya sayang.
beritasemasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan