Selasa, 18 Ogos 2015

Bagaimana Jadikan Diri Mudah Bersyukur

Disaat orang lain lebih berjaya dan bernasib baik, kita pula masih merangkak meraba-raba dalam kegelapan. Persoalannya, bagaimanakah untuk jadikan diri kita mudah bersyukur dalam menghadapi situasi tersebut?

(Tips) Bagaimana Jadikan Diri Mudah Bersyukur
Ikuti tips berikut sebagai muhasabah diri masing-masing:



Ucapkan terima kasih

Biasakan mengucap terima kasih kepada orang lain. Ini kerana sesiapa yang sukar mengucapkan terima kasih dengan manusia tentunya akan lebih sukar berterima kasih dengan Allah.

Ingat dan senaraikan perkara remeh yang boleh kita syukuri

Telinga boleh mendengar, mata boleh berkelip-kelip, oksigen memberi nafas kehidupan, perut yang memberi kekenyangan, kaki yang boleh berjalan dan pelbagai lagi nikmat kecil yang mungkin kita lupa. Semua ini adalah perkara ‘remeh’ yang kita lupa untuk syukuri

Renungkan dan sentiasa bersangka baik dengan segala kurniaan dari Allah

Diberi pekerjaan ketika orang lain masih menganggur, dikurniakan perkahwinan ketika orang lain masih belum bertemu jodoh, dikurniakan ramai anak ketika orang lain masih berikhtiar untuk mendapatkan zuriat, semua ini adalah sebahagian dari nikmat yang patut kita syukuri. Jika belum mendapat apa yang dihajati, maka bersabarlah kerana akan tiba masanya satu hari nanti hasrat anda dikabulkan. Insya-Allah.

Ingatlah ada insan lain yang kurang bernasib baik

Disaat kita menjalani kehidupan normal seperti biasa, ada insan lain yang bersusah payah meneruskan hidup ini. Ingatlah ada insan lain yang kurang sempurna anggota badannya, mungkin juga ada yang tidak mampu bergerak dengan senangnya seperti kita. Maka bersyukurlah disaat kita lengkap segalanya.
 http://fitrihadi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...