Selasa, 18 Ogos 2015

Resepi -Puding Biskut 'Cream Cracker' Mudah Tapi Sedap

Assalamualaikum,


Ramai yang menayang, hati pun turut membuak-buak rasa nak mencuba, haha.. resepi pula agak mudah.
see... cantikkan kejadiannya!(up diri sendiri).. very recommended! yaya guna biskut cap ping pong..rasa lemak-lemak masin tu..nyum nyum...


Apa lagi..jom masuk dapur....


Resepi : Puding Cream Cracker
Sumber : Yaya Azura
Rujukan : Page Resepi Ringkas
** gandakan bahan-bahan untuk dapatkan hasil seperti dalam gambar.

Bahan-bahan :

10 keping biskut cream crackers
2 biji telur
1/3 cawan susu pekat manis (+/- ikut selera)
2 sudu besar milo/koko

Cara-cara :

1) Biskut direndam dengan air masak sampai kembang dan lembut. Ketepikan.
2) Pecahkan telur dalam pengisar, masukkan susu pekat dan biskut lembut tadi.
3) Bahagi 2 bahagian. Satu bahagian warna asal, sebahagian lagi letak milo.
4) Kukus dalam 5 minit, tuang lagi adunan milo, kukus. Ulang sampai adunan habis.
5) Lapisan akhir kukus dlm 10 minit.


pesan yaya : kalau gandakan adunan tambahkan masa mengukus setiap lapisan dalam 8 minit atau lebih..bergantung pada size loyang juga ye.. lapisan tebal lebihkan sikit masa tu..nanti kalau tak sempat mengeras adunan bercampur.

http://diariibuwafiq.blogspot.com





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...