Daging merupakan salah satu menu pilihan masakan yang tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tetapi tahukah anda jika tidak tahu cara yang betul sewaktu memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap. 
 
Bajet kalau rebus lama, daging jadi empuk tetapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Anda boleh guna dua cara untuk melembutkan daging iaitu satu cara tradisional dan kedua cara moden. Jom kita lihat satu persatu...
 

1. Letak daging yang bersih dalam peti

Biarkan daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin anda rasa susah untuk masak jika daging masih beku, tetapi daging yang sudah disimpan di dalam peti lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.

2. Guna daun betik

Daun betik mengandungi enzim yang boleh empukkan daging. Caranya mudah, ramas daun betik muda hingga keluar getahnya, kemudian gunakan untuk membungkus daging.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Rebus daging (bergantung menu masakan).
  • Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
  • Apabila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.
 

3. Cuci dengan nenas

Anda boleh menggunakan parutan nenas muda.Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat-serat daging sehingga menjadi lebih empuk ketika dipotong.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.
 

4. Rebus dengan rempah

Cara menggunakannya mudah, setelah daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.
 
Langkah-langkah:
  • Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
  • Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah, ya.
 
 
Semua cara yang kongsi ini dapat membantu melembutkan daging, anda boleh pilih salah satu cara yang paling praktis dan mudah.
mingguan wanita