Ahad, 2 Ogos 2015

Pesanan ibu kepada anak dara

mengadu-luah-perasaan-love-cinta-rasa
Kami ekstrak sedikit ilmu bermanfaat yang dikongsikan oleh seorang isteri di Facebook. Semasa beliau mahu berkahwin dulu, ibunya ada memberikan beberapa pesanan yang sangat penting. Mungkin sedikit-sebanyak akan membantu sesiapa yang bakal mendirikan rumahtangga.

Kami ada buat sedikit suntingan untuk memudahkan pembacaan.



10 pesanan ibu kepada anak dara

1. Suami itu lebih tinggi pangkatnya

Tak kira setinggi mana saya belajar atau setinggi mana pangkat saya, suami tetap lebih tinggi dalam segala hal.

2. Priority nombor 1 adalah untuk suami

Sesibuk mana pun saya, suami adalah number 1 priority. Anak-anak jatuh tempat kedua selepas suami.

3. Libatkan suami dalam membuat keputusan

Jangan sesekali buat keputusan tanpa keizinan suami. Kalau dia kecil hati, kita sebagai isteri dah jatuh derhaka.

4. Layan suami sebaiknya, kalau boleh macam raja

Sebab tiket terbesar nak masuk syurga ada pada dia. Kalau rasa susah, ingat dan niatkan apa yang kita buat itu adalah untuk kebahagiaan kita di akhirat kelak. Bukan semata-mata nak bahagiakan suami di dunia.

5. Didik diri untuk tak rasa sombong dengan apa yang kita dah buat untuk suami

Ingat semula betapa bertuahnya kita dipilih untuk bergelar isteri sedangkan ramai perempuan yang sampai ke hujung usia masih menunggu untuk dipinang. Kalau bukan kerana suami, kita tak dapat rasa bahagia berumah tangga, biarpun sekejap. Tak dapat rasa kebahagiaan mengandung dan melahirkan anak. jadi jangan ego dan sombong atas ehsan kita kepada suami.

6. Dalam rumah tangga suami memang pelindung tapi kekuatan suami adalah isteri

Jadi kalau isteri jenis yang lembik, sikit-sikit penat, sikit-sikit mengeluh, suami pun akan jadi lemah.

7. Jadi pendengar terbaik untuk suami

Sentiasa ambil tahu tentang hal-hal yang jadi sekeliling dia, apa yang dia minat dan sebagainya. Bila dia bercerita, kena dengar dan beri perhatian sebab kalau kita tak mendengar, memang akan ada spesis perempuan yang sudi untuk menghulur telinga.

Jadi kalau suami dah mula bercerita masalah seharian dia dekat perempuan lain, kita sepatutnya salahkan diri kita dulu sebelum menyalahkan perempuan tu. Kalau tengah tengok TV ke, memasak ke atau apa sahaja, bila suami bercerita atau bercakap MESTI berhenti buat semua itu.

Bagi tumpuan sepenuhnya dekat dia. Kalaupun ikan goreng kat dapur hangus, tidak mengapa. Asalkan perhatian kita pada suami

8. Jadikan masalah suami sebagai masalah kita

Sebab bila dah berumah tangga, bukan lagi cerita saya-awak tapi kita-kami. Bila sama-sama berkongsi masalah, sama-sama akan saling memahami dan membantu.

reply-balas-email-maklumbalas-feedback
Bagi yang ada masa, berikut ialah kisah penuh isteri tersebut. Walaupun ramai mendapat cercaan dan tohmahan dari pengguna media sosial yang lain, beliau masih percaya, suami mesti didahulukan.
Bagi mengekalkan originaliti, kami tidak edit mana-mana bahagian luahan ini.
Salam KRT.

Selama ni saya komen je tapi kali ni rasa macam nak sampaikan sesuatu. Ini pun asalnya dari komen tapi dah berjela pula so saya pm je laa. Kalau pihak KRT nak siarkan, Alhamdulillah, terima kasih. Ni sebab kes encik suami yang panjang lebar tu lah. Dgn kisah asal yg memulakan cerita encik suami tu. Tentang perempuan single layan suami orang kat whatsapp tu.

Masa dok baca cerita perempuan tu, tipu lah sebagai isteri kita ni tak terbako, tak rasa marah, meluat apa semua dengan perempuan tu. Tapi bila baca komen, macam terdetik something. Kasarnya bahasa isteri-isteri yang komen tu. Aduh. Harap dengan suami tak macamtu lah ye. Takdelah nak condemn akak2 tu kan tp bila tengok cara bercakap (menaip) tu, terfikir macam mana lah agaknya akak-akak ni bercakap dengan suami. Dalam komen bukan main lagi condemn lelaki tu kata “dia yang teruk agaknya”, “dia bukan suami yang baik” dan macam-macam lagi. Sampai saya rasa yang akak-akak tu sebenarnya bercerita pasal suami sendiri. Tak gitu? Kalaulah ada lelaki bujang kat page ni, confirm seriau tak nak kahwin kot bila memikirkan yang perempuan2 sekarang dah macam takde rasa hormat pada suami.

Lepastu saya baca pula kisah suami tu. Tiba2 jadi macam “errr…. okay ni boleh jadi jugak ni”. Saya kaitkan dua2 cerita ni, saya nampak yang ego perempuan zaman sekarang memang makin tinggi. Mentang-mentang ada kerjaya, mampu cari duit sendiri, rasa macam tak perlu sangat nak hormat suami kot? Kononnya independent tapi tak ke dah jadi derhaka kalau macamtu? Saya pun ada suami, saya pun bekerjaya, gaji saing-saing suami je. Kami dua-dua ada Master’s Degree. Kiranya, kalau tengok dari luaran, sama level je. Tapi kat rumah, dia suami. So, setinggi mana pun saya belajar saya tetap DI BAWAH dia. Tak susah nak jaga suami ni. Asalkan kita hormat dia, jaga dia sebaiknya, layan dia selayaknya confirm dia tak cari lain. Bukanlah saya nak puji diri tapi suami saya sendiri yang cakap dia memang bodoh kalau cari perempuan lain. Sebab katanya perempuan kat luar sana kalau tahap pendidikan dan kerjaya dia setaraf dengan saya ni kebanyakannya memang ikut style barat dalam melayan suami, bukan style Islam. Sebab kat barat sana suka laungkan equal rights for women. Sampai ke rumah tangga pun nak equal rights. Dia kata, lelaki ni pun ada egonya. Dan secara fitrahnya, ego lelaki ni memang lagi tinggi dari perempuan. Jadi bila ada isteri yang nak ‘lawan’ ego ni, dia sebagai lelaki akan rasa tak dihargai, tak disayangi dan tak dihormati. Bila dah mula rasa yang tiga ni, memang automatik dia takkan ada rasa sayang kat isteri dan takkan rasa bersalah kalau dia curang dengan isteri. Suami saya siap pernah cakap dengan saya, kalau dia curang dengan saya ada dua sebab je. Satu, sebab dia bodoh. Atau dua, sebab dia gila. Sebab katanya saya ni dah layan dia sebaiknya. Lebih dari cukup. Saya sebagai isteri senyum aje lah. Berbunga hati ni bila suami cakap macamtu. Rasa berbaloi penat lelah saya.

Kawan-kawan ada yang kata saya ni terlalu manjakan suami, terlalu mendahulukan suami. Siap ada yang marah kata saya ni macam kena mandrem dengan suami. Puncanya sebab saya nak buat apa, nak pergi mana or even nak keluar pergi rumah jiran sebelah sekejap pun kena minta izin suami dan kalau suami kata tak payah memang saya tak pergi. Bila ada para isteri yang cakap dengan saya macamni, saya jadi pelik. Salah ke saya mendahulukan suami? Bukan ke itu yang sepatutnya dibuat oleh isteri? Ada juga yang kata saya ni hamba sahaya suami, bukan isteri. Sebabnya saya memang kebanyakan hari akan masak untuk suami. Breakfast, lunch and makan malam. Waktu yang saya tak masak adalah bila saya balik terlalu lewat sebab meeting atau massive traffic jam yang mana saya tak sempat. Or bila saya outstation of course. Dan suami saya memang tak tolong saya masak. Apatah lagi bila kemas rumah, basuh baju apa semua. Semuanya saya buat sendiri tanpa bantuan suami. Bukan sebab dia tak nak bantu tapi sebab saya sendiri kata “tak payah, baby boleh buat sendiri” (abaikan nama manja tu hihi). Ego saya tu kat situ lah sebenarnya. Independent, tapi tak menyakitkan hati suami. Takpe kan? Saya orangnya memang tak berkira dengan sesiapa pun dari kecil. Apatah lagi kalau orang tu orang yang saya sayang. Ada yang tanya saya, tak penat ke urus rumah tangga macam suri rumah sedangkan saya ni bekerja full time? Bohonglah kalau kata tak penat kak oii. Tapi keseronokan yang saya rasa bila tengok suami happy tu memang tak ternilai. Bila tengok dia sentiasa lekat kat rumah, dan sentiasa berharap kat saya untuk apa-apa. Rasa macam bangga sebab suami saya tak cari orang lain tapi cari saya. Itu salah satu ego boost juga pada saya. Dia nak makan cari saya, nak itu ini semua cari saya. Dan saya sangat suka ‘serve’ dia. Ada dua motivasi saya untuk buat suami ni – satu, bahagia kat dunia ni hidup dengan suami saya dan yang paling saya kejar, bahagia hidup kat akhirat sana sebab membahagiakan suami. Memang susah untuk buat apa yang saya buat ni. Tapi kalau kita ni nak pengakhiran yang baik, apalah salahnya bersusah-susah dahulu kan? Tapi walau apa pun, saya takkan cakap saya ni isteri terbaik. Tetap ada kekurangan. Tapi as long as saya sedar kedudukan saya DI BAWAH suami, saya akan usaha untuk jadi yang terbaik. Kalaupun suami saya cari lain satu hari nanti, biarlah tu semua berpunca dari dia dan faktor luar. Bukan dari saya. Apa yang penting, saya dah beri yang sehabis baik dan mungkin sampai berlebih-lebih kepada dia. Seriously tak rugi.

Sekarang ni kami belum ada anak jadi mungkin apa yang saya buat ni tak applicable kepada akak-akak yang dah beranak pinak. Tapi saya buat semua ni berpandukan apa yang ibu saya buat kepada abah. Ibu adalah role model terbaik saya. Setiap hari dia bangun pukul 4 pagi untuk sediakan breakfast dan lunch untuk abah dan saya 5 beradik. Ini lah yang saya praktikkan. Ibu bungkus jadikan bekal jadi abah memang breakfast dan lunch kat office dan kami adik beradik kat sekolah. Selamat abah dari godaan perempuan lain yang ajak lunch sebab dah takde alasan nak keluar hihi. Saya buat juga pada suami macamni dan awal-awal tu dia memang terkejut saya sanggup buat macamtu. Dan of course dia happy. Siap menayang kat kawan-kawan sepejabat lagi. Yang bujang semua kata dia rugi tak dapat keluar date waktu lunch. Tapi yang dah kahwin semua cemburu katanya. Alhamdulillah. Asalkan suami happy. Berbalik kepada cerita ibu dan abah saya, ibu saya bekerja 8am-5pm. Tapi balik office tetap akan masak makan malam. Kalau tak sempat sangat memang masak simple je. Ayam goreng, sayur goreng air. Cukup. Asalkan abah dan kami adik beradik makan hasil tangan dia. Ini jugak yang saya tiru. Pada saya, kalau ibu boleh buat kenapa tak saya? Saya ni kerja Isnin-Jumaat je. Ibu dulu lagi lah. Sabtu pun kena kerja walaupun half day. Tapi tetap mampu buat semua tu. Dan zaman ibu-abah tu, memasak still leceh tak macma kita yang dah banyak pes segera semua. Jadi apa alasan saya untuk tak jadi macam ibu, kan? Insha Allah bila dah ada anak nanti saya akan tetap praktikkan apa yang ibu buat. Kalau ibu boleh, kenapa saya tak boleh? Insha Allah saya boleh! Hehe.
Dan alang-alang begitu, saya nak kongsikan pesanan ibu saya masa saya cakap nak kahwin dulu

1) Tak kira setinggi mana saya belajar atau setinggi mana pangkat saya, suami tetap lebih tinggi dalam segala hal.

2) Sesibuk mana pun saya, suami adalah number 1 priority. Anak-anak jatuh tempat kedua selepas suami.

3) Jangan sesekali buat keputusan tanpa keizinan suami. kalau dia kecil hati, kita sebagai isteri dah jatuh derhaka.

4) Layan suami sebaiknya, kalau boleh macam raja. Sebab tiket terbesar nak masuk syurga ada pada dia. Kalau rasa susah, ingat dan niatkan apa yang kita buat tu untuk kebahagiaan kita di akhirat kelak. Bukan semata-mata nak bahagiakan suami di dunia.

5) Didik diri untuk tak rasa sombong dengan apa yang kita dah buat untuk suami. Ingat semula betapa bertuahnya kita dipilih untuk bergelar isteri sedangkan ramai perempuan yang sampai ke hujung usia masih menunggu untuk dipinang. Kalau bukan kerana suami, kita tak dapat rasa bahagia berumah tangga, biarpun sekejap. Tak dapat rasa kebahagiaan mengandung dan melahirkan anak. jadi jangan ego dan sombong atas ehsan kita kepada suami.

6) Dalam rumah tangga suami memang pelindung tapi kekuatan suami adalah isteri. Jadi kalau isteri jenis yang lembik, sikit-sikit penat, sikit-sikit mengeluh, suami pun akan jadi lemah.

7) Jadi pendengar terbaik untuk suami. Sentiasa ambil tahu tentang hal-hal yang jadi sekeliling dia, apa yang dia minat dan sebagainya. Bila dia bercerita, kena dengar dan beri perhatian sebab kalau kita tak mendengar, memang akan ada spesis perempuan yang sudi untuk menghulur telinga. Jadi kalau suami dah mula bercerita masalah seharian dia dekat perempuan lain, kita sepatutnya salahkan diri kita dulu sebelum menyalahkan perempuan tu. Kalau tengah tengok tv ke, memasak ke atau apa saje, bila suami bercerita atau bercakap MESTI berhenti buat semua tu dan bagi tumpuan sepenuhnya dekat dia. Kalaupun ikan goreng kat dapur hangus, takpe. Asalkan perhatian kita pada suami

8) Jadikan masalah suami sebagai masalah kita sebab bila dah berumah tangga, bukan lagi cerita saya-awak tapi kita-kami. Bila sama-sama berkongsi masalah, sama-sama akan saling memahami dan membantu.
Ibu kata, kalau rasa tak mampu buat semua ni, tak payah berangan nak kahwin hehe. So saya masa tu pun dah teringin sangat nak kahwin saya janji dengan ibu saya akan buat semua tu. Dan bila dah janji, kenalah pegang walaupun susah.

All in all, kisah saya mungkin takkan sama lah dengan orang lain. Faktor utamanya adalah sebab suami saya seorang yang baik jugak. Tak naik lemak walaupun dimanjakan macamtu. Kalau lelaki lain saya tak tahu lah macam mana. Saya tak suruh akak-akak semua ikut apa yang saya buat cuma lagi sekali saya tekankan, TAK RUGI layan suami macam raja. Insha Allah. Apa yang penting, point saya kat sini adalah kita sebagai isteri buat lah yang terbaik untuk suami. Kita yang yakin sangat nak kahwin dengan dia dulu kan? Kita yang terima pinangan dia dulu kan? Jadinya kita kena lah buat yang terbaik untuk dia. Jangan fikir sangat apa yang dia buat untuk kita tapi fikir dulu apa sumbangan kita kepada dia.

Sekian.
Pesanan ibu kepada anak dara
Foto Kredit: kaskus.co.id
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...