Isnin, 3 Ogos 2015

Kenali Siapakah Sebenarnya Bapa Kepada TSMY, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin


Dalam kelam kabut politik negara  sekarang eloklah kira kita lari sedikit dari berita-berita berkenaan dan di sini SK ceritakan sedikit tentang siapakah sebenarnya bapa kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika anda lahir di Muar, Johor, pasti anda akan kenal siapakah Tuan Guru Haji Muhammad Yassin bin Muhammad.
 

Beliau diriwayatkan berasal daripada Siak, Sumatera, Indonesia di mana telah lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia semasa berumur 73 tahun.

Sepanjang hayatnya, beliau dikatakan mempunyai 46 orang anak, hasil perkongsian hidupnya dengan 4 orang isteri iaitu Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim yang merupakan ibu kandung Tan Sri Dato’ Muhyiddin, Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah yang hebat sebaris dengan ulama-ulama terkenal seperti Tok kenali di Kelantan.

Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar, Masjid Sungei Mati Muar dan mengajar sampai ke Chohong Melaka yang merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.

Haji Muhammad Yassin kebanyakkannya mengajar menggunakan kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid.

Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor.

Untuk pergi mengajarn beliau menaiki ekreta yang dipandu oleh anaknya sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak beliau yan tertua dari isteri yang pertama.

Sumbangan beliau dalam bidang pendidikan agama khususnya di sekitar Muar amatlah besar. Beliau telah mengasaskan dua buah sekolah untuk tujuan penyebaran ilmu kepada anak-anak tempatan. Sekolah tersebut ialah  Sekolah Menengah Md. Yassin di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar dan Sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri.

Dari segi pendidikan beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu. Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi.
Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut,

"Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.''

Sebagai seorang ulama dan pendidik yang berwibawa, Tuan Guru Haji Muhammad Yassin telah berjaya melahirkan ramai tokoh-tokoh penting seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Khaujakan Johor dan mempunyai pengikut yang bertaburan di serata negeri Johor. - Siakapkeli.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...