Khamis, 2 Februari 2012

Menjadi kaya yang dipuji atau miskin yang terpuji ?

Miskin dan kaya adalah takdir yang diberikan Allah SWT dengan sifat adilnya. Memang ada hadis yang mengatakan bahawa orang miskin akan masuk ke dalam syurga 500 tahun sebelum orang kaya, di sisi lain orang-orang kaya tetap di puji Allah SWT bilamana mereka mampu menggunakakan kekayaannya pada jalan yang syarie.


Ramai sahabat dan tokoh-tokoh sufi seperti Abdul Qadir Aljaylani, Hasan Assadili dan para pengikut thariqah Tijaniyyah yang kaya raya berlimpah harta akan tetapi kekayaannya tidak mengganggu keistiqomahan mereka dalam beribadah, maka dari itu kekayaan bukanlah sebuah aib yang harus di hindari.

Sebagai manusia biasa kita pasti lebih condong untuk di kurniakan anugerah kekayaan seperti Sulaiman AS dan agar terhindar dari kemiskinan dan penyakit seperti yang diderita oleh Ayub AS.

Menjadi kaya yang dipuji atau miskin yang terpuji ? 


Keduanya memiliki peluang agar tetap mendapat keredhaan Yang Khaliq :

Kekayaan yang di iringi dengan rasa syukur ( menggunakakan semua yang di anugerahkan pada jalan Allah SWT) dan kemiskinan yang di sertaii dengan sifat sabar ( menerima segala seadanya tanpa komplain).

Diantara dua hal tersebut sebagian ulama salaf menyatakan bahawa: si kaya yang bersyukur lebih utama daripada si miskin yang sabar, dengan alasan bahawa si kaya cenderung lebih mudah terjerumus kepada kesombongan kerana mereka memiliki fasiliti dan wang untuk memenuhi segala hasrat dunianya (dengan mengkufuri nikmat harta, jiwa dan raga), sementara si miskin tidak boleh sombong riyak kerana keterbatasannya.

Dan segala perkara yang lebih ukar pasti pahalanya akan lebih besar. walaupun nasib orang miskin juga mudah menggugat iman jika memang tidak di sertai dengan iman dan kesabaran penuh, tidak hairan jika Abu bakar Ra berkata “ kemiskinan boleh mendekatkan kepada kakafiran”.

Jika kenyataannya demikian, maka keadaan seseorang baik kaya maupun miskin adalah sama, tergantung bagaimana kita merespon keadaan tersebut.

So gunakanlah kesempatan sewaktu kamu miskin dan kayamu dengan bijak agar tidak terjadi perkara-perkara merugikan di masa depan.

Jikalau manusia diberi satu gunung emas maka nescaya dia akan meminta lagi satu gunung emas yang lainnya. Dan tidak ada yang boleh menjadikan anak Adam puas kecuali debu kuburan ( kematian). (AL HADIS)
Wallahualam.

isuhangat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...