Khamis, 8 Mac 2012

Baru 2 tahun,tinggi 1.34meter


 Seorang budak lelaki berumur dua tahun enam bulan dari Meerut, India, Karan Singh mempunyai ketinggian 1.34 meter dan dia dipercayai kanak-kanak paling tinggi di dunia.Ibunya, Goliath Svetlana Singh merupakan wanita paling tinggi di Asia dengan ketinggian 2.17 meter dan berharap anaknya akan mengatasi ketinggiannya.




bersama ibunya ketika berusia 10 bulan...tinggi 0.97m dan berat 22kg
Ibu budak itu akan mewakili skuad bola keranjang India dalam Sukan Komanwel 2010 di New Delhi yang bermula pada 3 Oktober dan berakhir 14 Oktober depan.

Menurut ibu Karan, anaknya yang berat 44.45 kilogram itu akan bertanya mengenai makanan apabila dia bangun daripada tidur pada setiap pagi dan akan meminta makanan apabila melihat orang makan.Dia juga tidak berhenti makan jika tidak di suruh berhenti.Karan boleh makan lima biji epal sekali gus dan sepuluh sudu teh madu sehari.

Ibunya menjelaskan, pada mulanya guru-guru di tadika enggan membenarkan anaknya belajar tetapi mengubah fikiran selepas mereka melihat surat beranaknya.
kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...