Rabu, 18 Julai 2012

Khasiat 3 Buah Eksotik Yang Pelik Untuk Kesihatan Badan

Walaupun rupanya amat pelik dan boleh dianggap sebagai buah eksotik, namun khasiatnya kepada kesihatan tubuh badan manusia tidak dapat dinafikan lagi.

Khasiat 3 Buah Eksotik Yang Pelik Untuk Kesihatan Badan | Bosan dengan jambu batu, tembikai atau betik yang biasa? Terdapat beberapa buah-buahan eksotik yang kaya dengan vitamin dan rasa enak yang anda tidak tahu!







Antara buah-buahan eksotik yang berkhasiat ialah :

1. Tembikai bertanduk (horned melon)

Berasal dari Gurun Kalahari, luaran buah ini berduri menjadikan ia sesuatu yang membingungkan pada mulanya tetapi isi hijau gelap yang terdapat dalam buah ini mempunyai rasa seperti gabungan pisang, timun dan lemon, dan kaya dengan potasium, Zink dan vitamin A.

2. Kumkuat (Kumquat)

Berasal dari china, buah-buahan yang kecil ini sering dimakan mentah. Untuk menikmati rasa yang lebih enak cuba menikmati pada kulitnya mempunyai rasa yang masam manis.Untuk sumber serat pemakanan, Kumkuat juga digunakan dalam marmalade dan boleh dihiris dan ditambah dalam salad.

3. Buah naga (Dragon Fruit)

Tambah kapsyen

Buah-buahan ini tergolong daripada spesies kaktus dengan rasa manis, halus dan pulpa berkrim, buah naga berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Ia amat kaya dengan antioksida, isi buahnya putih dan bertbintik seperti benih. Ia boleh dimakan seperti buah kiwi atau dibuat jus dan dibuat perasa dalam minuman.
Melayukini.net – Amalkan makan buah-buahan dengan lebih kerap kerana buah-buahan mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita menjadi sihat. Bukan itu sahaja, buah-buahan juga dapat mencantikkan tubuh fizikal diri kita dengan izin Allah.

  Majalah CLEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...