Rabu, 18 Julai 2012

Resepi - Biskut Telur Rebus

Asalamualaikum.....
lagi 3 hari untuk menyambut Ramadhan l Mubarak...rasa sayu sangat hati nie diberi kesempatan sekali lagi bertemu bulan mulia ni.... Alhamdulillah, semoga Allah terus memberikan kesempatan kepada kita semua hingga ke Ramadhan seterusnya kelak..Insyaallah.....
 
 
 
 
 
 
 
 
RESEPI BISKUT TELUR REBUS
Resepi Asal : MamaJay

Bahan²
5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta @ butter
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut - Noorsha gune telur putih saja )
badam hiris secukupnya untuk hiasan


Cara²
1. Pukul planta + gula aising sehingga sebati. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
2. Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3. Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
4.Sapu telur dan hias dengan badam hiris. (Noorsha asingkan sedikit adunan kepada kaler merah n hijau dan terap dengan fondant cutter. untuk melekatkan bunga kecil tu make sure sapu dulu ngan putih telur yer :)
 5.Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.

 
 noorsha.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...