Jumaat, 6 Julai 2012

Timun Laut : Ciptaan Allah Yang Menakjubkan

Para penyelidik telah menemui hidupan laut pelik yang dikenali sebagai Timun Laut. Menurut kata mereka, masih terdapat banyak lagi hidupan laut yang pelik hidup di dasar laut.

Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar. Jika kita perhatikan dari bentuk fizikalnya, ternyata hidupan seperti ini mempunyai satu keunikan yang tersendiri. Bahagian dalamannya menampakkan seperti jantung ataupun saluran usus. Boleh lihat gambar di bawah ini.


 





 


Satu laporan yang disiarkan merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.


“Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit,”
kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600 spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian hidupan laut itu. Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak. Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter.


Melayukini.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...