Ahad, 5 Julai 2015

9 Rawatan Tradisional Untuk Penghidap Darah Tinggi Patut Cuba

Ada masalah darah tinggi , kami minta anda berkongsi 9 Rawatan Tradisional Untuk Penghidap Darah Tinggi Patut Cuba ini kepada insan di sekeliling kita.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga pengunjung dari dapur dot com . Kami membawakan kepada anda rawatan tradisional bagi penyakit darah tinggi. Tolong sebarkan kepada insan di sekeliling kita yang memerlukan. Jom lihat 9 Rawatan Tradisional Untuk Penghidap Darah Tinggi Patut Cuba. Semoga disembuhkan oleh ALLAH S.W.T


Rawatan 1 : Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi  selepas sarapan selama sebulan.

1200tmplate copy

Rawatan 2 : Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah di waktu pagi sebelum memakan sesuatu. Amalkan selama seminggu berturut-turut.
1200tmplate copy 

Rawatan 3 : Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.

Rawatan 4 : Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Rawatan 5 : Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Amalkan 2 kali seminggu.

Rawatan 6 : Jadikan pucuk betik sebagai ulam-ulaman ketika anda menikmati makan tengah hari mahupun malam.

 Rawatan 7 : Jadikan daun sabung nyawa sebagai ulam-ulaman. Jika anda memakannya secara berlebihan, anda akan berasa mual, loya dan bagaikan hendak muntah. Ini disebabkan oleh cecair daunnya yang berfungsi menurunkan kandungan gula dalam darah.

Rawatan 8 : Daun pegaga boleh dibuat jus sebagai penawar darah tinggi anda.

Rawatan 9 : Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda menurun.
 http://daridapur.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...