Ahad, 5 Julai 2015

Tip Cara Hadapi Ego Cinta Lelaki

Perhubungan antara wanita dan lelaki asasnya semua sudah maklum iaitu kasih sayang. Tetapi kasih sayang bukanlah faktor utama untuk anda sebagai wanita mengikut mahunya seorang lelaki.

Ramai wanita beranggapan untuk menarik perhatian seorang lelaki mereka harus mengikut teori Yes Man. Tetapi anda lupa seorang lelaki mahukan wanita yang ‘sukar’- yang bijak dalam permainan hati dan fikiran.

Penulis sosial, Adoree Durayappah menerusi laman web Psychology Today menulis – Sebagai wanita anda perlu bijak bermain tarik tali. Tetapi jangan pula tali putus sebelum diikat.

HARD-TO-GET!
Portal hubungan terkemuka Lovepanky.com menulis, kebanyakan gadis hari ini teruja dalam permainan ini tetapi sering salah percaturan. Jadi mereka gagal memikat lelaki yang didamba. Setiap tindak-tanduk mereka kadang-kala terlalu obvious, tidak bijak menyembunyikan perasaan dan akhirnya membuat lelaki jelak dengan langkah kurang bijak mereka. Ahli psikologi terkemuka, Jay Carter dalam satu temu bual bersama CNN menulis sebagai wanita anda tidak boleh terlalu mengikut keinginan seperti mahu memastikan semuanya berjalan baik sehingga menimbul rimas seorang lelaki hanya sekadar mahu menyempurnakan kehendak emosi anda.


TIP Berhubung bila perlu, elak terlalu memikirkan tentang mereka dan pilih untuk tidak terlalu terikat sebelum hubungan sebenar dijalin.

ELAK CLINGY
Wanita bijak berdikari lebih mudah menarik minat lelaki. Tidak terlalu mahu terikat dengan mereka dan jelas dengan apa yang patut dan yang tidak dalam perhubungan. Dalam erti kata lain – kematangan. Wanita yang clingy dan terlalu manja menerima seorang lelaki seadanya dan tidak memberi keterujaan berterusan. Menurut Larry Wilmore dalam tulisan pendeknya – Woman Are Never Too Young To Mess With Your Head sebagai wanita anda perlu lebih tegas dan kuat baik fizikal juga mental kerana tambah Larry wanita sering terbuai dengan perasaan sehingga lupa untuk menjaga diri mereka kerana terlalu terburu-buru dalam permainan perasaan.

TIP
Fokus untuk memperhebatkan diri dari segi fizikal dan mental. Wanita yang kuat imejnya dan sentiasa sharp dalam komunikasi lebih mudah menarik perhatian lelaki.

TUNTUTLAH SESUATU
Untuk melancarkan perhubungan anda harus punya keinginan dan pendirian. Jangan buat lelaki sentiasa berada dalam zon selesa mereka. Mereka juga mahu dan harus diuji. Jika apa yang anda tuntut itu (lihat dalam perspektif bukan material) dilakukan sepenuh kemahuan maka sebernanya ego mereka tidak lagi memonopoli situasi.

TIP Tegur sikap mereka yang anda kurang senang dengan cara betul. Hal ini mampu membuat anda melihat ego mereka berada ditahap mana. Lelaki matang tidak akan mudah melenting dan akan sentiasa cuba memperbaiki diri.

TIDAK SEMUA KEINGINANNYA PERLU DIPENUHI
Lelaki jika mereka mahu menguji wanita, trik yang digunakan adalah permintaan. Namun wanita sering silap bila semua permintaan hanya diturut hanya kerana takut tidak dapat memenangi hati seorang lelaki. Ingat jika anda hanya mahu menurut semua permintaan mereka, ramai lagi di luar sana yang mampu mengganti tempat anda. Naikkan sedikit standard sebagai wanita dengan bercakap tidak pada sesetengah permintaan dengan alasan yang kukuh – sama ada untuk kebaikkan diri mereka atau perhubungan.



TIP Jangan hanya menurut dan jadi pencadang. Lelaki tidak semuanya dictator, mereka juga mahu mendengar kebijaksanaan anda.

MELAWAN EGONYA!
Lelaki jarang berbicara tentang guilty pleasure mereka Jika anda dapat mencari apa guilty pleasure mereka, hal ini boleh dijadikan bahan jenaka yang akan membuat mereka malu dan akhirnya mengakui kekurangan yang ada. Cuba lihat cita rasa dan kesukaan mereka pelik mereka dan percayalah mereka mampu menjadi lebih dekat dengan anda.

Sumber: EH/Cicinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...